Thursday 26 May 2016

Hari Ulang Tahun. Wanita Dapat Ais Krim Je. Tapi Bila Nak Abes Makan… Sangat MENGEJUTKAN !!!

Pernah tak korang kena prank dengan insan tersayang guna ais krim? Ish kalau kami nak sangat kalau ada orang bagi ais krim yang best-best musim panas ni.
1
Tapi lagi best kalau ada benda yang berharga dalam ais krim tu macam akak kita yang sorang ni. Untung sangat dia sebab… “HAHAHA .. tak tau nak cakap apa .. sebab kami baru kawen , faham keadaan ekonomi keluarga . lagi2 nak tunggu ameer junior kluar nxt month !
2
banyak kali mamat ni cakap nak bagi hadiah eskrem jee .. eskem magnum la . nestle la .. sekali betol dapat hadiah eskem weyy !! nak cedok makan sambil nangis dah tadi . tapi sudu bengkok !! hahah biyadap !
3
dear lovely husband … terima kasih beribu kasih ..
yunk tak mintak pun ganjaran macam ni . sebab kita baru nak bertatih2 lagi kan dalam umah tangga . tapi .. alhamdulilah .. rezeki lepas kawin . kita berdua sndri dpt rasa .. janji allah itu pasti .. ” kahwin la kamu kalau nak kaya ” asal kan .. kita sentiasa bersujud dan syukur segala nikmat di beri .. terima kasih .. terima kasihhh … balik keje nak durian musang king seketol !”. KREDIT OH MY MEDIA.

Credit: Source - Hari Ulang Tahun. Wanita Dapat Ais Krim Je. Tapi Bila Nak Abes Makan… Sangat MENGEJUTKAN !!!.

Presiden Indonesia Jokowi Arah Tembak Mati Pesalah Kes Rogol Bawah Umur.


Jakarta: Presiden Indonesia Jokowi Widodo hari ini, mengumumkan pelaksanaan hukuman lebih berat kepada perogol kanak-kanak, termasuk kembiri secara kimia dan hukuman mati kepada pesalah.

Menurutnya, langkah itu berikutan peningkatan kes keganasan seks terhadap mangsa bawah umur.

“Saya mengisytiharkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah jenayah luar biasa kerana ia mengancam dan membahayakan nyawa kanak-kanak.

“Jenayah luar biasa perlukan tindak balas sewajarnya dan sehubungan itu, peraturan ini menetapkan hukuman lebih berat,” katanya.

Hukuman mati di Indonesia biasanya dilaksanakan oleh skuad penembak.

Desakan hukuman lebih berat meningkat berikutan kejadian pelajar berusia 14 tahun, dikenali sebagai Yuyun, dirogol 14 lelaki dan dibunuh ketika pulang dari sekolah di Bengkulu, Sumatera, bulan lalu.

Minggu lalu, tiga lelaki termasuk seorang pelajar 15 tahun terbabit merogol gadis berusia 18 tahun, Enno, di Tangerang sebelum mangsa mati akibat dipukul dengan cangkul dan kemaluannya dirodok dengan hulu cangkul.

Ketika ini, Indonesia melaksanakan hukuman mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2002 yang menetapkan hukuman 15 tahun penjara bagi hubungan seks dengan bawah umur.

Semalam, Menteri Kebajikan Sosial Indar Parawansa berkata, selain kembiri secara kimia, pesalah juga perlu memakai gelang kaki pengawasan elektronik serta penyiaran identiti pesalah secara besar-besaran.

Harian Metro
Credit: Source - Presiden Indonesia Jokowi Arah Tembak Mati Pesalah Kes Rogol Bawah Umur..

Biodata Wu Nina Grace Gadis Kristian Peluk Masuk Islam



Biodata Wu Nina Grace gadis perempuan kristian peluk atau masuk agama Islam selepas dengar ceramah Dr Zakir Naik. Bertempat di Padang Istana Kemaman Terengganu pada malam 14 April 2016, ceramah Zakir Naik penceramah Islam terkemuka antarabangsa telah membuatkan seorang wanita bukan Islam memeluk agama Islam pada malam itu juga. 

Menariknya, pengislaman gadis berusia 19 tahun itu disaksikan oleh Zakir Naik sendiri dan ribuan hadirin. Semuanya bermula apabila Nina Grace mula bertanya soalan kepada Zakir Naik mengenai Islam dan diakhiri dengan Nina mengucap dua kalimah shahadah selepas dipelawa oleh Zakir Naik sendiri.

nina grace 1

Dialog Antara Nina Grace Dan Dr Zakir Naik

“Nina Grace: Salam Dr Zakir Naik, Saya mula menghafal surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi sejak berumur 13 tahun. Adakah saya tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?”

“Dr. Zakir Naik:  Tidak sama sekali,  adakah kamu percaya hanya ada satu tuhan dan kenabian Muhammad?”
“Nina Grace: Ya:

“Dr. Zakir: Kalau kamu percaya dengan konsep ini, saya percaya kamu adalah seorang Muslim. “Kamu mahu ucap dua kalimah syahadah?”

“Nina Grace: Dengan penuh sebak dan berfikir, Nina menyebut dua kalimah syahadah dan pengislamannya disaksikan oleh ribuan hadiran di situ.”

 nina-islam-1

Biodata Nina Grace Gadis Kristian Masuk Islam Zakir Naik

Nama Penuh: Wu Nina Grace
Nama Islam: Nur Nina Farisha
Umur: 19 tahun
Asal: Johor Baharu
Bangsa: Cina
Keturunan: Kacukan Cina-Filipina
Pendidikan: Kolej Ranaco, Kemaman Terengganu
Bidang: Offshore Enginering

Gambar Pengislaman Nina Grace Ketika Ceramah Dr Zakir Naik

nina grace 2
nina islam
nina 3
nina-rasmi
Nina Grace Disambut Baik Oleh Isteri Menteri Besar Terengganu
Pengislaman Nina Grace turut diterima baik oleh Menteri Besar Terengganu,To’ Puan Halina Zakaria.
nina peluk islam
Foto Nina Grace / Nur Farisha Pakai Tudung
nina-grace-islam

Video Pengislaman Nina Grace Ketika Ceramah Zakir Naik



Sumber: Biodata Wu Nina Grace Gadis Kristian Peluk Masuk Islam | melvister.com 



Credit: Source - Biodata Wu Nina Grace Gadis Kristian Peluk Masuk Islam.