PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menjelaskan sikap selektif terhadap tawaran drama atau filem yang diberikan kepadanya menjadi punca dia kini dikatakan mula bersikap sombong.
Zul, 29, berkata, faktor dia tidak mempunyai pengurus turut membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih projek kerana bimbang tidak dapat melunaskan semua tanggungjawab dalam satu masa.
"Bukan mudah sebenarnya menguruskan kerjaya sendiri tanpa bantuan dan sebab itu saya perlu selektif dalam memilih projek kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah.
"Saya juga mengakui jika ada permintaan yang tidak ada kena mengena dengan kerjaya, saya tidak menjawab permintaan tersebut dan mungkin itu juga menyebabkan saya dikatakan sombong," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Zul berkata, populariti yang dikecapinya bukan tiket untuk dia mendabik dada dan bersikap sombong sebaliknya ia adalah satu peringatan kepadanya untuk terus berusaha dalam membina tapak dalam industri. - Zul Ariffin Semakin Sombong Dan Berlagak
0 Comment to "Zul Ariffin Semakin Sombong Dan Berlagak"
Post a Comment