Sunday 8 March 2015

"Mak Tunggu Kau Balik. Kalau Mak Tak Ada Ziarah Pusara Mak " Ibu Mangsa MH370





"Sampai Akhir hay, mak tetap akan tunggu kau balik. Jika usia bertemu, kau balik dan mak sudah tiada, kau ziarahlah pusara mak"



Itu luahan hati Kamariah Sharif,56 setiap kali dia teringatkan dan merindui anaknya, Mohd Razahan Zamani,24 seorang daripada penumpang pesawat Penebangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang 8 Mac tahun lalu.



Kamariah berkata dia tak pernah sekali melupakan anak sulungnya itu, nakag setiap hari dan setiap saat dia mengharapkan Mohd Razahan dan menantunya kembali pulang ke rumah dengan selamat.



"Boleh dikatakan setiap hari termasuk sebelum masukkerja,Mak cik pegang baju kerja dia,cium beberapa kali sambil menangis kerana terlalu rindu dan teringatkan dia"



"Malah,Kerana mahu melepaskan rindu,Mak cik pegang gambar Mohd Razahan tenung lama-lama dan bercakap dengan gambar seolah-olah dia mendengar suara mak cik"





- "Mak Tunggu Kau Balik. Kalau Mak Tak Ada Ziarah Pusara Mak " Ibu Mangsa MH370

SHARING GOOD

0 Comment to ""Mak Tunggu Kau Balik. Kalau Mak Tak Ada Ziarah Pusara Mak " Ibu Mangsa MH370"

Post a Comment