Tuesday, 7 April 2015

Ella bintangi sekuel filem





FILEM yang mengangkat semangat muzik rock, Rock (2005) dan Rock Oo (2013) arahan Mamat Khalid bakal diteruskan lagi dengan sekuel terbaharu, Rock Bro!



Juga merupakan sekuel terakhir, Mamat berkata, Rock Bro! bakal menemui peminat dengan plot penceritaan berkaitan perkembangan rock tanah air dan kehidupan peribadi ahli kumpulan Rimba Bara ketika era1980-an.



“Kali ini kita dibawa menyelami kehidupan peribadi setiap individu dalam filem Rock sebelum ini termasuk perjuangan mereka dalam industri muzik rock yang pasti bakal mencuit hati penonton.



“Kemudian ia lebih kepada senario perkembangan muzik rock sekitar 1992 dan 1993 di mana zaman kejatuhan muzik berkenaan dengan kemasukan muzik versi baru seperti rap umpamanya ke tanah air,” katanya pada sidang akhbar di Koloni Karyawan Amanjaya (Port), Ipoh, baru-baru ini.






Menurut Mamat, filem ini tetap mengekalkan barisan pelakon kumpulan rock Rimba Bara yang diterajui Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan dan Azmi Black.



“Lebih menarik apabila tampilkan watak penyanyi rock wanita terkenal, Ella dengan penampilan khasnya yang dibawa pelakon baharu, Amy Juliet.



“Kita mahu kaitkan industri rock tanah air pada masa lalu turut menampilkan artis rock wanita dan kita mahu penonton mengimbau kenangan lalu bahawa muzik rock turut mempunyai penyanyi rock wanita,” katanya.



Katanya, diharap Rock Bro! menjadi sebutan peminat dan didedikasikan untuk mereka yang menonton filem Rock Oo dan Rock lapan tahun lalu.



“Filem ini bakal menemui peminat awal 2016 dan kita sasar lebih RM4 juta kutipan tayangan akan dikutip mahupun lebih daripada filem Rock Oo lalu,” katanya.






- Ella bintangi sekuel filem

SHARING GOOD

0 Comment to "Ella bintangi sekuel filem"

Post a Comment