Sunday, 5 April 2015

Girls Generation Tetap Digilai Tanpa Jessica





SEJAK salah seorang ahlinya Jessica Jung mengambil keputusan keluar daripada kumpulan Girls Generation Oktober tahun lalu, ramai yang tertanya-tanya sama ada kumpulan ini akan mampu bertahan.



Namun tanggapan tersebut silap apabila, konsert terbaharu mereka yang diadakan di venue prestisius, Tokyo, Jepun pada 9 Disember lalu masih mendapat sambutan.



Konsert tersebut didokumentasikan ke dalam bentuk cakera padat dan Blu-ray kepada peminat-peminat yang tidak dapat menyaksikan persembahan mereka.






DVD yang dilancarkan pada 1 April mendapat sambutan yang sangat baik dan menduduki tempat pertama di carta Oricon di Jepun.



Seperti dipetik daripada Soompi, kumpulan itu mengungguli carta kategori Daily DVD, DVD Music, dan Blu-Ray Disc.



Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa Girls Generation masih popular biarpun tanpa ahlinya Jessica.






- Girls Generation Tetap Digilai Tanpa Jessica

SHARING GOOD

0 Comment to "Girls Generation Tetap Digilai Tanpa Jessica"

Post a Comment