Friday 5 June 2015

Polis Halang Tun M Berucap



Dr Mahathir ketika diarah pegawai polis berhenti berucap di PWTC, Jumaat.

Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas bagi menggantikan sesi dialog perdana menteri bersama NGO terpaksa dihentikan selepas dihalang pihak polis.

Ia berikutan majlis yang sepatutnya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi Jumaat didakwa tidak mendapat kelulusan permit daripada polis.

Bekas perdana menteri itu hanya sempat memberikan ucapan selama kira-kira lapan minit.

Kehadiran Dr Mahathir untuk memberikan ucapan di atas pentas dilihat bagi mententeramkan hadirin yang mulai kecoh kerana menunggu ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Tun Hussein Onn sejak awal pagi.


Malahan, pengacara majlis sendiri yang membuat pengumuman kepada hadirin bagi mengalu-alukan Dr Mahathir untuk tampil memberikan ucapan.

Terdahulu, pengurus majlis berkata, pihak urus setia majlis masih sedang berbincang dengan pihak polis bagi membenarkan supaya sesi dialog itu diadakan.

"Kami diberitahu berlaku kekecohan di luar dewan dan satu tangkapan telah dibuat terhadap dalang yang cuba sabotaj program ini.

"Bagaimanapun, kami memberikan anda sesi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini," kata pengacara majlis yang mewakili urus setia.

Sesi dialog perdana menteri bersama NGO dianjurkan oleh Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

- Polis Halang Tun M Berucap

SHARING GOOD

0 Comment to "Polis Halang Tun M Berucap"

Post a Comment