Tidak bersembunyi setelah dirinya dikaitkan dengan isu cuba menggoda gadis muda melalui applikasi WeChat, Fizz Fairuz menafikan perkara tersebut selain turut menjelaskan bahawa akaun tersebut bukanlah miliknya.
“Saya memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu. Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu”
“Kalau nak cerita diri saya sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya. Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal”
“Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini,” jelasnya sambil menyataka dia tidak kisah tentang apa yang diperkatakan oleh orang lain.
Sementara itu, Almy Nadia turut menyatakan bahawa dia tergelak apabila mengetahui tentang perkara tersebut selain meminta agar orang ramai tidak terus meletakkan sebarang kesimpulan kerana kepesatan dunia teknologi ketika ini boleh digunakan untuk menjatuhkan maruah individu dengan senang.
0 Comment to "Fizz Fairuz: Orang Tahu Saya Jenis Cakap Lepas Dan Jahat"
Post a Comment