SEJAK tampil berhijab, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengakui tawaran berlakon yang diterimanya kini semakin terhad.
Positif dengan keadaan itu, wanita berusia 25 tahun ini bagaimanapun sentiasa optimis dengan perkembangan kerjaya seninya.
"Ya, saya akui tawaran berlakon terutamanya drama agak terhad, Saya bukan saja memilih watak, bahkan saya juga perlu menjaga batas-batas agar tidak keterlaluan bersesuaian dengan imej saya kini.
"Malah, saya juga lebih melihat kepada sesuatu karya yang bagus.
"Begitu pun, saya juga sentiasa percaya dengan rezeki ALLAH SWT," katanya kepada Zass.
Tidak terhenti di situ, Zulin mengakui kini lebih aktif dalam bidang pengacaraan.
Tidak hanya berkonsep santai, Zulin juga mencabar diri apabila menerima tawaran untuk menjadi pengacara menerusi program bual bicara, Juliet menerusi saluran Hypp TV.
"Konsep Juliet ala-ala program Wanita Hari Ini. Walaupun kekok pada awalnya, tapi ia memberi satu pengalaman baharu yang sangat seronok. Saya seolah-olah menjadi orang lain dan lebih profesional.
"Kalau boleh, saya nak bawa program seperti ini lagi kerana banyak ilmu yang saya boleh pelajari.
"Program seperti ini secara tidak langsung memvariasikan kita dalam banyak perkara seterusnya menunjukkan kita sebagai pengacara yang versatil," katanya.
Pada masa sama, pemilik nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz, ini turut berjinak-jinak dalam bidang nyanyian.
"Insya-ALLAH, ia masih lagi dalam proses.
"Lagu sudah pun siap cuma belum berkesempatan untuk merakamkannya.
"Biarlah dulu, saya selesaikan satu-satu perkara dulu. Nanti orang kata tamak pula," katanya sambil tergelak.
Dalam perkembangan lain, Zulin bakal mengarahkan teater Tiga Janda Kampung Bharu namun masih lagi mencari tarikh yang sesuai untuk dipentaskan,
0 Comment to "Zulin Aziz jaga batas"
Post a Comment