Sunday, 3 January 2016

Fazura persiap diri sebelum kahwin



AKTRES cantik, Fazura, meletakkan apa yang berlaku pada tahun 2015 sebagai satu kenangan dan terus memandang ke depan untuk tahun 2016.

“Apa yang berlaku, biarlah ia berlalu. Saya tidak ambil tahu dan malas hendak komen untuk kes itu (pergaduhan dengan peminat).

“Saya malas hendak fikirkan hal itu lagi. Biasalah masing-masing ada pendapat tersendiri dalam hal itu.

“Apa yang terjadi menjadikan saya wanita yang lebih kuat dan tabah,” katanya.

Diusik tidakkah teringin untuk mendirikan rumah tangga, Fazura berkata, dia sejujurnya mahu mendirikan rumah tangga namun, mahu mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum berkahwin.


“Kahwin ini satu komitmen, kena persiapkan diri dahulu sebelum berkahwin. Saya harap bila berkahwin boleh fokus untuk membina sebuah keluarga.

“Kalau boleh saya nak capai dahulu apa yang diidamkan barulah boleh fikir pasal kahwin,” ujarnya.

Berkongsi perkembangan terbaharunya, Fazura berkata, tahun 2016 akan menyaksikan kariernya berkembang dan menjadi tahun yang lebih sibuk buatnya.

“Saya bukan sahaja mengidam untuk menjadi pelakon yang lebih hebat, tetapi juga perniagaan saya berkembang dengan sukses.

“Banyak perancangan saya untuk tahun 2016 dan kita lihatlah perkembangannya nanti,” ujarnya.

- Fazura persiap diri sebelum kahwin

SHARING GOOD

0 Comment to "Fazura persiap diri sebelum kahwin"

Post a Comment