Tuesday, 5 January 2016

Khaty Fauziah Letih Sering Ditanya Bila Sam Nak Kahwin


Khaty bersama anaknya, Sam.

Pelakon veteran Khaty Fauziah berasa letih sering berdepan dengan soalan bilakah anaknya aktor Shaheizy Sam bakal berkahwin.

Khaty atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa berkata, dia pelik apabila anaknya digosipkan sudah berkahwin sedangkan Sam tidak memberitahu apa-apa mengenai perancangan tersebut.

"Penat saya nak jawab soalan-soalan seperti ini. Bukannya apa, saya sendiri tak tahu mengenai perancangan Sam, orang luar sudah bercakap-cakap.

"Ada yang kata Sam sudah berkahwin. Ada yang cakap Sam dah nak kahwin. Runsing saya dibuatnya.

"Usah risau, berita gembira itu sudah semestinya akan dikongsikan kepada umum jika ia benar-benar berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online.



Syatilla Melvin.

Khaty diminta mengulas mengenai khabar angin Sam yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup baru-baru ini.

Aktres Syatilla Melvin turut dikaitkan kononnya menjadi isteri aktor tersebut. Namun Syatilla telah menafikan perkara itu menerusi sebuah portal berita pada minggu lalu.

Dalam pada itu kata Khaty, Sam kini sedang sibuk dengan kerjaya seninya dan tidak mungkin anaknya itu terlibat dengan urusan-urusan perkahwinan.

"Kalau anda tidak percaya, tanya pihak syarikat Global Station. Sam kini terlibat dengan penggambaran berjudul Bimbo bersama produksi itu.

"Dan dia akan menjalani penggambaran drama itu di Korea. Jadi, bila masa dia nak kawhin? Hahaha..." selorohnya.

- Khaty Fauziah Letih Sering Ditanya Bila Sam Nak Kahwin

SHARING GOOD

0 Comment to "Khaty Fauziah Letih Sering Ditanya Bila Sam Nak Kahwin"

Post a Comment