Friday 1 January 2016

Nadia Brian Terima Lakonan Dalam Akulah Balqis Dikritik


Nama Nadia Brian mula mendapat perhatian sejak muncul dalam drama bersiri Akulah Balqis di TV3.

Pelakon Nadia Brian sedar lakonannya menerusi drama bersiri Akulah Balqis dikritik oleh segelintir peminat yang menganggap wataknya sebagai Milda berlebih-lebihan.

Nadia atau nama sebenarnya Najwa Mohamed Rashidi, 24, bagaimanapun berkata, sebagai pelakon baharu dia menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dalam memperbaiki mutu persembahannya pada masa hadapan.

"Dalam drama bersiri itu, asalnya watak saya kecil sahaja, tetapi ia dikembangkan dan nampak watak saya yang terlalu beremosi.

"Bayangkan setiap kali masut set penggambaran, babak pertama yang saya perlu lakukan ialah menangis.

"Saya akui tangisan dalam drama berkenaan agak berlebih-lebihan sehingga membuatkan penonton menyampah tetapi dari situ saya belajar bahawa untuk melakonkan babak sedih tidak semestinya perlu menangis dengan teruk," katanya kepada mStar Online.



Nadia dan Reen Rahim bersama pengasas produk Nutriskin, Arif Safuan (kanan) dan Azimi Mohd (kiri) bagi memeriahkan pelancaran produk kecantikan Nutriskin.

Nadia ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Nutriskin di Flora Terrace Hempshire, di sini pada Khamis.

Pelakon Reen Rahim turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Drama Akulah Balqis siaran TV3 turut dilakonkan oleh Nabila Huda, Aeril Zafrel, Nazim Othman dan Puteri Balqis dan episod terkahirnya ditayangkan pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Nadia berkata dia tidak sangka lakonannya dalam drama arahan Erma Fatima itu membuka mata ramai pihak terhadap dirinya.

“Aura Milda memberikan penangan hebat apatah lagi saya masih lagi baharu dalam bidang lakonan.

"Peranan tersebut akan menjadi kayu pengukur untuk saya dalam industri seni lakonan,” kata graduan Diploma Seni Teater Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu.

- Nadia Brian Terima Lakonan Dalam Akulah Balqis Dikritik

SHARING GOOD

0 Comment to "Nadia Brian Terima Lakonan Dalam Akulah Balqis Dikritik"

Post a Comment