RATU R&B dunia, Natalie Cole meninggal dunia pada Khamis akibat masalah jantung tidak berfungsi.
Natalie Cole yang berusia 65 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Seperti dilapor Ny Daily News, sebelum meninggal dunia, penyanyi ini telah membatalkan beberapa konsert dan persembahannya sejak tiga bulan lalu.
Penyanyi yang dikenali sejak tahun 1991 menerusi single Unforgettable, turut dilaporkan menderita hepatitis C.
Dia juga pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
Pada tahun 2009, penyanyi ini menjalani pemindahan ginjal akibat penyakit hepatitis C.
0 Comment to "Natalie Cole Batal Tiga Bulan Konsert Sebelum Meninggal Dunia"
Post a Comment