Monday, 7 March 2016

Ashraf Muslim Akan Terus Perjuangkan Karya Patuh Syariah


Ashraf yakin karyanya mampu ubah mentaliti masyarakat

Pelakon dan penerbit Ashraf Muslim menegaskan akan terus memartabatkan karya-karya islamik yang patuh syariah dalam menerbitkan drama-drama untuk stesen televisyen tempatan.

Ashraf, 35, berkata, biarpun pada awalnya agar sukar, namun selepas empat tahun beroperasi syarikat produksinya Al Hidayah Production Sdn Bhd kini semakin mendapat tempat.

"Pada awal penubuhan memang agak sukar kerana stesen televisyen tidak berminat dengan karya yang terlalu islamik dan mereka lebih memberi peluang kepada drama bersifat komersial.

"Namun selepas empat tahun dan sejak drama saya memenangi beberapa anugerah, sedikit sebanyak membuka mata kepada stesen televisyen untuk menerima karya saya," ujarnya kepada mStar Online.


Tambah Ashraf, dia akui bukan mudah untuk mengubah mentaliti masyarakat yang sering terdedah kepada kisah cinta dan novel kepada drama islamik.

Bagaimanapun, perkara itu bukan mustahil jika mendapat kerjasama daripada pihak media dan stesen televisyen tempatan.

"Masyarakat sudah dibiasakan dengan drama cinta jadi mungkin susah untuk menukar minat mereka kepada drama islamik, namun ia bukan mustahil.

"Saya akui ada di televisyen drama islamik, tetapi kebanyakannya tidak banyak yang patuh syariah. Jadi tanggungjawab stesen televisyen untuk membentuk gaya tontonan masyarakat," ujarnya.

Tambah Ashraf, prinsip patuh syariah yang diperjuangkan itu juga tidak dilihat mampu menyekat kretivitinya untuk menghasilkan sebuah drama yang baik.

Katanya, drama terbitanya berjudul Matahari Terbit Lagi pernah menewaskan beberapa drama kormersial dalam merebut gelaran drama terbaik di Anugerah Skrin 2014.

"Pada saya sesebuah drama yang bagus itu bukan daripada barisan pelakon yang popular, tapi kekuatan skrip dan jalan cerita yang disampaikan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ashraf berkata telefilem terbitanya berjudul Gerimis Hati Asyikin akan disiarkan pada bulan Ramadan ini di TV3.

- Ashraf Muslim Akan Terus Perjuangkan Karya Patuh Syariah

SHARING GOOD

0 Comment to "Ashraf Muslim Akan Terus Perjuangkan Karya Patuh Syariah"

Post a Comment