Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Friday, 13 February 2015

Zul Ariffin Dan Izara Aisyah Akhirnya Bersanding

Tahniah Zul Ariffin dan Izara Aisyah akhirnya Bersanding. Alhamdulillah. Kami tengok gambar ini pun sudah tersenyum sendiri apatah lagi peminat dan juga bakal penonton Drama Mr London Ms Langkawi. Kami suka melihat senyuman Izara Aisyah dan juga Zul Ariffin yang dikongsikan oleh Nizam Zakaria selaku pengarah drama tersebut.

Zul Ariffin Dan Izara Aisyah Akhirnya Bersanding

Di dalam drama adaptasi daripada novel terbitan Astro ini, Zul akan membawakan watak Aidid manakala Izara pula membawakan watak Liyana. Jika diikutkan gambar, mereka akan kahwin nanti atau mungkin pembaca novel ini lebih tahu.

Gambar Zul Ariffin Dan Izara Aisyah Akhirnya Bersanding

Katakanlah, jika Zul dan Aisyah masing-masing masih lagi single, memang tidak habis akan diusik oleh peminat dan juga media.

Apa yang pasti, peminat novel ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang menonton watak novel mereka direalisasikan dengan pelakon yang kelihatan sangat secocok bersama - Gambar Zul Ariffin Dan Izara Aisyah Akhirnya Bersanding.

Dituduh Jadi Escort Girl, Tasha Shilla Hantar Notis Amaran Ke Stesen TV

Nama pelakon ini kembali menjadi sebutan dua tiga hari ini selepas sebuah program hiburan hujung minggu lalu menimbulkan persoalan sama ada benar dirinya terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl yang kini dalam pemerhatian pihak polis.



Tertekan dengan tuduhan tersebut dan menjadi mangsa persoalan ramai tentang sejauh mana kebenaran cerita itu, Tasha Shilla tampil meminta kepada semua pihak untuk berhenti mengaitkan dirinya dengan kegiatan tidak bermoral itu.



Dituduh Jadi Escort Girl, Tasha Shilla Hantar Notis Amaran Ke Stesen TV

Tasha Shilla dituduh jadi Escort Girl. Hantar Notis Amaran ke Stesen TV. Selepas keluar isu berkenaan saya mendapat banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang mahukan penjelasan berhubung isu itu. Ia turut memberi kesan kepada keluarga bila mereka turut bertanya isu yang sama selain persepsi buruk di mata masyarakat. Luahan Tasha Shilla.

Sehubungan itu, Tasha Shilla melalui peguam beliau Fahda Nur Ahmad akan menghantar satu notis amaran kepada stesen TV tersebut akan memberi masa selama dua minggu untuk mereka bagi memberi respons terhadap perkara itu. - Dituduh Jadi Escort Girl, Tasha Shilla Hantar Notis Amaran Ke Stesen TV.