Showing posts with label Sensasi. Show all posts
Showing posts with label Sensasi. Show all posts

Monday, 18 April 2016

Monday, 11 April 2016

Aweera Hidup Mewah Atas Usaha Jadi Artis


Aweera bakal bergerak dengan kumpulan baharunya Perweera.

Penyanyi Aweera menjelaskan kehidupan selesa yang dilaluinya sekarang adalah usaha kerasnya sendiri dalam industri hiburan tanah air.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 25, berkata, biarpun wajahnya kurang mendapat perhatian atau muncul di televisyen, namun tawaran untuk melakukan persembahan masih lagi berjalan sama seperti dahulu.

"Alhamdulillah hidup kini lebih baik dan berjalan lancar. Biarpun jarang keluar televisyen, tawaran persembahan saya sama sahaja seperti dulu.

"Apa yang ada adalah rezeki daripada Allah dan ia merupakan hasil usaha keras saya sendiri selama bergelar artis, bukan daripada pihak lain," ujarnya.

Aweera diminta mengulas tentang gaya hidupnya yang kini dikatakan lebih mewah berbanding dahulu.



Kereta mewah yang dimuat naik di laman instagram Aweera.

Baru-baru ini, penyanyi ini sering berkongsi beberapa keping gambar kereta dan motor mewah di laman sosial yang mana terdapat kenderaan dipamirkan adalah miliknya.

Pada Julai 2013, Aweera pernah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

"Saya muat naik gambar di laman sosial bukan bermaksud untuk riyak, ia sekadar suka-suka. Sejak saya jadi artis saya hanya pakai kereta buruk sahaja dan kereta itu masih lagi ada saya simpan kerana banyak berjasa.

"Kereta ini baru sahaja saya beli dengan duit yang saya kumpul, ia memang kereta idaman sejak mula menceburi bidang seni, Alhamdulillah sekarang baru dapat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aweera berkata dia kini sedang dalam proses mencari metarial untuk lagu baharunya.

Dia juga dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah kumpulan dengan nama Perweera tidak lama lagi.

"Sekarang sibuk kumpul metarial untuk single baru saya dan InsyaAllah saya akan bergerak secara berkumpulan semula dengan nama Perweera.

"Saya juga masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman saya Sony Music untuk projek tersebut," ujarnya.

Selain itu, Aweera yang kini melebarkan sayapnya ke bidang lakonan baharu saja tamat dengan drama bersiri Inikah Cinta minggu lalu.

Dia juga sudah bersedia untuk menjadikan kerjaya lakonan sebagai salah satu sumber pendapatan dalam industri selaian bidang nyanyian.

- Aweera Hidup Mewah Atas Usaha Jadi Artis

Wednesday, 6 April 2016

Izreen Azminda kembali bercinta?



Lama Mizz Lahar tak dengar cerita sensasi pasal janda comel yang makin panas sekarang, siapa lagi kalau bukan Izreen Azminda. Walaupun bukan peminat tegar Izreen, tapi hati kecil Mizz Lahar pasti tergeletek bila tengok gelagat Izreen dengan kawan-kawannya dalam drama Ahli Mesyuarat Tingkap di kaca televisyen. Beria-ria dia berlakon, tambah lagi ada Rita Rudaini dan Sherry AlHadad, kecoh jadinya.

Sebagai orang yang tengok perkembangan Izreen dari dahulu sampai sekarang, Mizz Lahar anggap ibu anak seorang itu kuat semangat. Walau pernah dikritik dan beberapa kali dikaitkan dalam episod cinta tak jadi, tetapi Izreen tetap tidak mudah mati soal cinta.

Nak tahu kenapa Mizz Lahar cakap begitu, sebabnya ada satu sumber membisikkan ke telinga nipis Mizz Lahar, katanya Izreen sekarang macam tengah di lamun cinta. Ada juga yang buat andaian, Izreen kini kembali terbuka hati menerima semula bekas suaminya, Muhammad Riza Baharudin.


Namun, Izreen menafikan andaian tersebut. Kalau nak bersayang-sayang, bukan dengan bekas suami katanya. Yelah, Mizz Lahar bukan apa, sebab Izreen suka sangat letak status-status mengundang persepsi orang di Instagram, sebab itulah ada yang mula kata Izreen sekarang sedang bercinta.

Di sebalik kisah cinta tak berpaling kepada bekas suami tersebut, Mizz Lahar ada dengar cerita lain mendakwa perasaan Izreen kini sedang berbunga terhadap seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.

Siapakah? Mizz Lahar tak nak buka mulut lagi, sebab nak cari sumber sahih dahulu.

MIZZ LAHAR: Kata seorang teman, tak lama lagi pasti giliran Sherry Ibrahim dan Fatah Amin pula naik pelamin. Betul ke?

- Izreen Azminda kembali bercinta?

Tuesday, 5 April 2016

Berasa Dimalukan, Roslan Shah Tuntut Aliff Syukri Mohon Maaf


Roslan Shah berasa menuntut penjelasan dan permohonan maaf daripada Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Pengacara Roslan Shah menuntut pengasas produk D'Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memberi penjelasan dan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan syarikat itu tidak pernah melantiknya sebagai jurucakap produk berkenaan.

Roslan, 46, berkata, dia berasa kecewa dan terkilan memandangkan sebelum ini berita mengenai pelantikannya itu sudah diketahui umum.

"Saya terlebih dahulu membaca kontrak diberikan tetapi tidaklah sehingga meneliti satu persatu tetapi siapa yang tidak gembira apabila diberitahu akan dilantik menjadi jurucakap D'Herbs.

"Saya tidak pernah bergelar duta produk sebelum ini dan sepatutnya saya layak mendapat penjelasan lebih teliti dan bukannya secara tiba-tiba pihak D'Herbs mengeluarkan kenyataan menafikan pelantikan saya.



Roslan (tengah) bersama Pengarah Urusan D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Nur Shahida Abdul Rashid.

"Perkara ini membuatkan saya berasa malu kerana satu Malaysia sudah tahu mengenai perkara itu dan saya terkilan dengan insiden ini," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Roslan memberitahu menerima bayaran lumayan daripada D'Herbs sebagai duta produk Gemolek selama 14 bulan selain bertindak sebagai pengacara untuk promosi jelajah jenama itu.

Aliff bagaimanapun ketika memperkenalkan Amelina sebagai duta produk itu menjelaskan pihaknya tidak pernah melantik Roslan menjadi jurucakap sebaliknya dia hanya bertindak sebagai pengacara dan model sahaja.

Dalam pada itu, Roslan berkata, sebelum ini ketika promosi jelajah di Ipoh, Perak, Aliff sendiri memperkenalkannya dan Amelina sebagai duta baharu D'Herbs.

Kata Roslan, dia keliru dengan sikap Aliff yang seolah-olah cuba mempermainkannya sehingga dia terpaksa menanggung malu.

"Saya hendak dia jelaskan kenapa ketika di Ipoh dia perkenalkan saya sebagai duta dan bukannya model?

"Ramai yang mendengar ketika itu dan tiba-tiba ia hanya salah faham. Saya keliru," ujarnya.


Amelina (tengah) yang dilantik sebagai duta pewarna rambut D'Herbs.

Tambahnya lagi, dia sempat bertemu dengan Aliff ketika mereka sama-sama terlibat dalam promosi jelajah di Kota Kinabalu untuk membincangkan perkara tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka.

Bagaimanapun kata Roslan, dia tidak bercadang untuk menarik diri kerana sudah pun menandatangani kontrak dan akan bersikap profesional dalam menjalankan tugas diamanahkan.

"Saya bukannya hendak perbesarkan isu berkenaan tetapi kecewa dan terkilan apabila dimalukan sebegini.

"Tetapi apa pun saya tetap akan meneruskan tanggungjawab sebagai pengacara dan model tetapi tidak akan mempromosikan produk keluarannya menerusi laman sosial," ujarnya.

- Berasa Dimalukan, Roslan Shah Tuntut Aliff Syukri Mohon Maaf

Sudah Dapat Petunjuk, Hazama Enggan Terburu-Buru Kahwin Genervie


Penyanyi Hazama mengambil pendekatan untuk tidak mahu terburu-buru mengahwini kekasihnya yang juga pemuzik Genervie Kam walaupun mereka sudah tiga tahun menjalinkan hubungan.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 32, berkata, keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan perkara mudah kerana faktor pegangan agama masing-masing yang berbeza.

"Seperti yang semua sedia maklum kekasih saya bukan beragama Islam jadi kalau hendak berkahwin bukan boleh tangkap muat dan buat keputusan macam itu saja.

"Perkahwinan bukan benda main-main. Walaupun kami sudah saling mengenali antara satu sama lain dan kedua belah keluarga juga memberi restu tapi banyak perkara yang perlu saya dan dia persiapkan sebelum berkahwin," katanya kepada mStar Online.



Hazama tidak mahu terburu-buru mendirikan rumah tangga.

Hazama yang baharu muncul dengan single berjudul Di Amaran Mama ciptaan Ajai dan Ad Samad berkata, dia juga masih dalam proses membimbing teman wanitanya itu lebih mendalami ajaran Islam.

Justeru katanya, perancangan untuk berkahwin perlu dilakukan dengan teliti selepas mereka bersedia sepenuhnya.

"Kalau ikut keinginan dan kemampuan, memang saya mahu berkahwin. Lagi pun, kawan-kawan yang rapat dengan saya termasuk Akim Ahmad juga sudah berkahwin jadi tentulah hasrat itu makin membuak-buak.

"Malah, saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah meminta petunjuk adakah Genervie orang yang tepat sebagai calon isteri dan jawapannya memang dia.

"Saya yakin dia adalah orangnya dan mahu membimbing dia sebaik mungkin. Saya juga tidak mahu mendesak atau memberikan tekanan kepadanya dalam soal agama jadi biarlah ia berjalan secara berperingkat," katanya.

Sementara itu, Hazama yang tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online Anugerah Pilihan Online (APO2016) berkata, undian peminat yang menempatkan dirinya dalam lima finalis kategori itu membuatnya terharu.

"Saya gembira dan tersentuh hati bila tersenarai sebagai top five APO2016. Bukan mudah sebenarnya ada ramai penyanyi lelaki di Malaysia tapi alhamdulillah ada juga yang sudi mengundi.

"Untuk kata menang atau tidak adalah perkara nombor dua. Berada dalam top five untuk anugerah yang julung kali dibuat ini pun sudah jadi kebanggaan buat saya," katanya.

- Sudah Dapat Petunjuk, Hazama Enggan Terburu-Buru Kahwin Genervie

Selepas Siti Nurhaliza, Che Ta Pula Jual Pakaian Terpakai


Che Ta pening terlalu banyak baju tidak dipakai lagi.

Selepas Datuk Siti Nurhaliza menjual pakaiannya, kini giliran aktres Rozita Che Wan pula menjual koleksi barangan terpakai seperti baju, beg tangan dan kasut berjenama yang pernah digunakan.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 44, berkata, penjualan barang-barang itu dilakukan selepas menyedari terlalu banyak pakaian yang tidak lagi dipakai yang kini memenuhi ruang kondominium untuk menyimpan koleksi peribadi.

"Saya ambil keputusan jual sahaja baju-baju, beg tangan dan kasut yang tidak dipakai kepada mereka yang berminat untuk menambah koleksi.

"Baju-baju itu masih elok dan semuanya saya pakai sekali sahaja, saya sudah pening kepala tengok pakaian tersebut kerana terlalu banyak," ujarnya kepada mStar Online.



Antara koleksi beg tangan berjenama yang dijualnya.

Selain barangan itu, Rozita turut menjual baju-baju koleksi pakaian anak perempuannya iaitu Aaishah Dhia Rana yang berusia setahun di akaun Instagram @prelovedbyrcw yang dibuka sejak enam bulan lalu.

Sehingga kini akaun Instagram itu sudah mempunyai 37,809 pengikut dengan 432 gambar baju, kasut dan beg tangan yang dimuat naik untuk dijual.

Dalam pada itu, Rozita menambah, dia tidak mengambil sebarang keuntungan atas penjualan tersebut.

"Paling murah hanya RM30 sahaja dan mahal pun dalam RM1,000 bagi pakaian dan saya tidak ambil untung pun sebab memang ingin jual kepada siapa yang berminat menyimpannya. Manakala beg tangan mengikut harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan jenama tersebut.

"Kebanyakan baju yang dijual adalah jenama daripada pereka fesyen tempatan seperti Qudyn dan Calvin Thoo. Ada juga baju kasual siap pakai seperti koleksi Zara, Mango dan Miss Sulfridge.



Antara koleksi baju dan kasut yang dijual Che Ta.

Sementara itu, ditanya tentang sambutan, Rozita berkata, sambutan yang diterima menggalakkan dan kebanyakan barang yang dimuat naik di laman Instagram tersebut habis dijual dalam masa yang singkat.

"Saya hanya muat naik gambar setiap Khamis dan Jumaat sahaja dan Alhamdulillah sambutan baik kerana apabola upload sahaja, dah ada yang beli.

"Kebanyakan mereka mahu beli baju preloved yang saya dah pakai. Kalau saya jual yang belum dipakai mereka tidak mahu," ujarnya.

- Selepas Siti Nurhaliza, Che Ta Pula Jual Pakaian Terpakai

Fazley Yaakob Setuju Chef Selebriti Masih Mentah Untuk Muncul Di TV


Fazley sering minta pandangan Chef Wan.

Penyanyi dan Chef Selebriti Datuk Fazley Yaakob setuju dengan pandangan Datuk Chef Wan yang mengatakan kebanyakkan chef daripada program realiti televisyen kurang pengalaman dan masih mentah untuk berada di skrin televisyen.

Bagaimanapun, Fazley, 39, berkata, perkara itu boleh diatasi dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman secara berterusan dalam bidang berkenaan biarpun selepas bergelar chef selebriti.

"Saya setuju kalau Chef Wan kata chef selebriti baru yang lahir daripada rancangan realiti televisyen kurang pengalaman untuk memegang gelaran chef.

"Namun, pada saya mereka tidak boleh berpuas hati dan terus menimba ilmu untuk berada dalam bidang ini. Pada saya bukan dalam bidang ini sahaja, malah bidang nyanyian atau lakonan juga sama," ujarnya kepada mStar Online.

Fazley berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 58, bahawa kemunculan chef baharu yang bagaikan cendawan tumbuh menerusi program realiti televisyen tidak banyak membantu melahirkan seorang selebriti chef yang berkualiti.



Fazley terus timba ilmu dalam bidang masakan.

Dalam Anugerah Pilihan Online (APO2016) yang bakal berlangsung pada 30 April ini, Fazley tersenarai dalam kategori Chef Selebriti Pilihan Online yang turut turut bersaing dengan Chef Wan, Chef Nik Michael, Chef Adu Amran dan Chef Azli Razali.

Tambah Fazley, dia sendiri sering mendapatkan khidmat nasihat dan pendapat daripada Chef Wan sebelum melakukan sesuatu perkara dalam bidang tersebut.

"Saya mengenali Chef Wan sejak kecil dan setiap kali saya dapat tawaran belajar dalam bidang masakan saya akan tanya dia dahulu.

"Malah, ketika mula ditawarkan untuk ingin menyertai program realiti MasterChef Selebriti Malaysia, saya jumpa dia dan minta pendapatnya, bagi saya dia seorang Chef yang mempunyai pendidikan dan pengalaman yang banyak dan tahu apa yang terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan bidang kulinari, Fazley berkata dia mengakui kerjayanya semakin berkembang dan diterima masyarakat.

Katanya, buku masakannya berjudul My Sucre Story bakal dilancarkan pada April ini.

"Alhamdulillah, saya semakin mengorak langkah sebagai Chef, tahun ini saya dilantik sebagai duta kepada beberapa jenama berkaitan makanan.

"Bulan ini juga saya akan lancarkan buku resipi pertama saya yang telah dilancarkan di Paris dan Singapura bulan lalu," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang pencalonan dalam APO2016, Fazley berkata, ia adalah penghargaan buat dirinya yang baharu berjinak-jinak dalam bidang ini.

"Ini merupakan pencalonan pertama kali buat saya dan secara jujurnya memang saya agak terkejut kerana ketika mendapat berita saya tersenarai pada pencalonan awal saya berada di Paris.

"Manakala, ketika berita saya layak sebagai finalis pula saya berada di Singapura untuk promosi buku resipi saya," ujarnya.

- Fazley Yaakob Setuju Chef Selebriti Masih Mentah Untuk Muncul Di TV

Pelakon Zahida Rafik Diarahkan Bayar RM5,000 Kepada Bekas Pemandu


Aktres Zahida Mohamed Rafik pada Isnin diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan di sini membayar kos RM5,000 kepada bekas pemandunya selepas mahkamah menangguhkan pendengaran rayuannya berkaitan saman fitnah.

Penal tiga hakim diketuai Hakim Datuk Lim Yee Lan menangguhkan pendengaran rayuan Zahida selepas peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed memaklumkan mahkamah beliau diarahkan oleh peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk memohon penangguhan pendengaran rayuan itu, yang dijadualkan pada Isnin.

Beliau berkata Muhammad Shafee tidak dapat hadir ke mahkamah pada Isnin kerana beliau perlu menghadiri perbicaraan pecah amanah jenayah yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen di Butterworth.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Datuk Dr Badariah Sahamid dan Harmindar Singh Dhaliwal.



Noor Azman

Peguam Latheefa Koya, mewakili Noor Azman Azemi, memohon kos RM5,000, kerana mereka tidak dimaklumkan bahawa peguam mewakili Zahida Rafik akan memohon satu lagi penangguhan pada Isnin.

Beliau berkata mereka tidak menerima surat daripada peguam perayu untuk memohon penangguhan pendengaran dan surat daripada mahkamah yang menolak penangguhan itu.

Wan Aizuddin berhujah tiada kos patut diberikan bagi alasan itu kerana ini merupakan tarikh pertama bagi pendengaran rayuan itu dan Muhammad Shafee perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen yang merupakan kes kepentingan awam.

Hakim Lim kemudian berkata mahkamah akan menetapkan tarikh lain bagi pendengaran itu dan memerintahkan kos RM5,000 dibayar kepada Noor Azman.

Beliau juga mengarahkan pengurusan kes itu dikendalikan pada Isnin dan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Mei depan bagi pendengaran rayuan.

Noor Azman menyaman Zahida dengan mendakwa aktres itu, yang berlakon dalam filem Anak Mami The Movie, telah secara salah dan berniat jahat, memberikan kenyataan fitnah dalam artikel diterbitkan dalam satu tabloid berbahasa Melayu pada 3 Mac, 2012 berhubung kerugian RM200,000.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari tahun lepas memutuskan perbuatan memfitnah itu telah berjaya dibuktikan oleh Noor Azman berdasarkan keseimbangan kebarangkalian dan memerintahkan Zahida membayar RM150,000 sebagai ganti rugi kepada Noor Azman.

- Pelakon Zahida Rafik Diarahkan Bayar RM5,000 Kepada Bekas Pemandu

Mahkamah Tolak Saman Marina Juki Terhadap Zizan Razak


Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin menolak saman bekas pengurus peribadi Zizan Razak terhadap pelakon dan pelawak itu berhubung pelanggaran kontrak perjanjian, dua tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Arifin dalam keputusannya berkata adalah jelas segala terma dan syarat perjanjian ialah antara Syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd dengan Zizan.

"Tidak mungkin perjanjian itu boleh dijadikan asas bagi Marina Juki (plaintif) untuk memfailkan saman individu terhadap defendan. Oleh itu, mahkamah menolak saman plaintif," kata Rosbiahanin.

Mahkamah juga menolak tuntutan balas Zizan, 32, atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak terhadap Marina atas dakwaan saman itu adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 5 Nov 2014, Marina memfailkan saman terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, syarikat Wire Fame dan Marina pada 3 Mei 2011.




Gambar fail, Marina menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat tehadap Zizan Razak tidak lama dulu.

Marina mendakwa berdasarkan kontrak itu, Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun dan akan tamat pada 2 Mei 2015.

Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa pada Mei 2014, pihak Astro telah mengesahkan Zizan berada di bawah pengurusan Astro dengan kontrak bernilai RM2,000,000 tanpa persetujuan syarikat Wire Fame dan plaintif.

Wanita itu mendakwa Zizan telah melanggar perjanjian kerana perpindahannya ke Astro dilakukan sebelum tamat tempoh kontrak dengan plaintif dan syarikat Wire Fame.

Beliau memohon ganti rugi khas sebanyak RM535,500, ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Marina juga memfailkan satu lagi saman terhadap Zizan pada 30 Sept 2014 berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame untuk satu tempoh yang lama, bagaimanapun Mahkamah Tinggi telah membatalkan saman itu pada 10 Feb 2015 selepas membenarkan permohonan Zizan untuk berbuat demikian.

Peguam Rishwant Singh mewakili Zizan manakala Wan Nurliyana Wan Abd Rahman bertindak bagi pihak Marina.

- Mahkamah Tolak Saman Marina Juki Terhadap Zizan Razak

Idam Wanita Tutup Aurat, Fattah Amin Syukur Sherry Berhijab


Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur atas penghijrahan kekasihnya Sherry Ibrahim yang mengambil keputusan untuk berhijab sempena ulang tahun kelahiran ke-33 pada Ahad.

Fattah, 26, berkata, dia gembira dan menyokong apa sahaja keputusan yang menjadikan wanita tersebut kepada seorang insan yang lebih baik.

"Satu sahaja komen saya ialah Alhamdulillah, akhirnya dia tunaikan hasrat yang selama ini dipendam.

"Saya akui menjadi antara insan yang sentiasa menasihatkan dia untuk berubah ke arah itu dan semalam (Ahad) dia benar-benar melaksanakannya," ujar Fattah kepada mStar Online.



Sherry Ibrahim lebih manis bertudung.

Fattah berkata demikian ketika diminta mengulas tantang penghijarahan pelakon Sherry Ibrahim yang tekad untuk bertukar imej menjadi seorang wanita muslimah.

Tambah Fattah, sebagai teman istimewa, sudah tentu dia mengidamkan seorang wanita yang menjaga maruah dan menutup aurat.

"Bukan saya sahaja, tapi lelaki-lelaki lain juga mahu seorang perempuan yang baik dan menutup aurat.

"Cuma saya faham perkara itu tidak boleh dipaksa-paksa dan Alhamdulillah pintu hatinya terbuka untuk itu," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang hadiah untuk hari jadi wanita itu, Fattah berkata, dia belum berkesempatan untuk membeli sesuatu yang istimewa sebagai hadiah.

Bagaimanapun, Fattah mendoakan agar wanita itu sentiasa mendapat keberkatan dan berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.

"Semalam saya sempat singgah meraikan hari jadi dia tapi sebab terlalu sibuk dengan penggambaran sehingga saya belum sampat lagi membeli hadiah istimewa," ujarnya.

- Idam Wanita Tutup Aurat, Fattah Amin Syukur Sherry Berhijab

Filem Redha, didik Nadiya Nisaa


PENGETAHUAN mengenai anak Autistik barangkali tidak seperti tahap kesedaran kita terhadap anak Sindrom Down.

Justeru dek kerana itu, Nadiya Nisaa bersetuju untuk membintangi filem pertama arahan Tunku Mona Riza, Redha.

Redha mengisahkan Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Daniel yang mengidap autisme. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah.

Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Daniel dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka.

Menurut Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin, 31, dia sememangnya sudah lama meminati hasil kerja Tunku Mona yang sebelum ini pernah menjayakan telefilem Uri dan Parit Jawa.

Justeru apabila Tunku Mona tampil dengan filem pertama dan mengangkat kisah anak autistik, maka dia tidak teragak-agak untuk menerima.

"Bagi saya filem ini sangat istimewa kerana ia mendidik kita, bukan sahaja yang menonton, malah saya sendiri yang melakonkan.

"Sebelum ini pemahaman dan pengetahuan mengenai anak autistik memang kosong, jadi bila saya terlibat dengan filem ini, dan berpeluang berjumpa dengan ibu bapa yang mempunyai anak autistik, ia memberi satu pengalaman baharu kepada saya.

"Malah bila melihat ibu bapa yang mempunyai anak autistik ini menjaga anak mereka, saya jadi segan kerana saya sendiri tidak menjaga anak saya sebaik itu.

"Jadi selepas terlibat di dalam filem ini, saya jadi lebih fokus menjaga anak saya," ujarnya ketika ditemui media pada majlis tayangan filem berkenaan baru-baru ini.

Selain Nadiya, filem ini turut dijayakan Namron, Junainah, Harith Haziq, Izzy Reef, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester dan ramai lagi.

Memegang watak sebagai Shasha yang mempunyai anak saudara yang mempunyai masalah autisme bernama, Daniel, Nadiya berkata, watak tersebut sedikit sebanyak memberi cabaran kepadanya.

"Memang watak saya berlainan kerana berhadapan dengan kanak-kanak autisme yang perlukan kesabaran yang tinggi untuk menguruskan kanak-kanak seperti ini.

"Malah bagi saya, filem ini ada unsur sentimental tersendiri bukan sahaja buat sama, bahkan Tunku Mona sendiri.

"Tapi saya respek dengan adik Harith Haziq yang membawakan watak Daniel kerana dia perlu tampil dengan dua kali ganda usaha untuk membawakan watak sebagai penghidap autisme," jelasnya.

Dalam pada itu, di tanya perasaannya dapat bekerjasama dengan individu yang seiras dengan wajahnya, iaitu isteri kepada Namron, Nadiya berkata, dia mengibarkan peluang ini sebagai satu magis.

"Sebelum ini kawan-kawan abang Namron selalu tanya saya pernah jumpa isterinya (Junainah) tak? Dan perkara itu sering diperkatakan sepanjang tempoh dua tahun.

"Sehinggalah abang Namron mementaskan pementasan Mat Deris Kuala Perlis dan ketika itu kak Jun (Junainah) datang, baharulah saya percaya apa yang orang katakan selama ini kerana muka kami memang sama, sehinggakan kak Jun sendiri mengakui orang sering salah faham kerana menegurnya sebagai Nadiya Nisaa.

"Justeru apabila kami berlakon bersama, saya rasa ia sebagai satu peluang magis," jelasnya.


Rehat hingga hujung tahun

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terkininya, Nadiya berkata, dia kini sudah mula berehat selepas kandungannya berusia lima bulan.

Katanya, dia akan kembali aktif bermula hujung tahun ini.

"Tak dinafikan kehamilan kedua ini sangat berbeza dengan kehamilan pertama. Saya lebih cepat penat, mungkin kerana faktor usia (ketawa).

"Malah jarak kehamilan empat tahun juga membuatkan saya berasa seperti pertama kali mengandung, termasuk menghadapi 'morning sickness' yang terus di awal tempoh kehamilan," katanya.

Masih belum mengetahui jantina anak yang dikandung, Nadiya bagaimanapun berharap dikurniakan cahaya mata perempuan selepas dikurniakan anak lelaki, Omar, 5 tahun.

"Saya harap perempuan, tapi rasa macam lelaki juga. Tak tahu nak cakap sebab saya sendiri dah beberapa kali terlepas pemeriksaan susulan kerana terlalu sibuk," jelasnya.

Tambah Nadiya, dia tidak membuat persiapan yang berlebihan kerana banyak barang milik Omar yang masih boleh digunakan.

"Kakak saya baru bersalin bulan lalu, jadi ada beberapa barangnya yang saya dah sasarkan untuk digunakan pula selepas ini.

"Kalau beli pun, saya mungkin beli macam baju dan botol susu sahaja kerana ada beberapa barang Omar sebelum ini masih boleh digunakan," akhirinya.

- Filem Redha, didik Nadiya Nisaa

Nazim Othman lancar single



PELAKON Nazim Othman bakal melancarkan single tidak lama lagi. Single berjudul Cerita Kita itu sudah dirakam sejak dua tahun lalu.

“Bagaimanapun saya akan merakamkannya kembali bersesuaian dengan vokal terkini supaya tampak lebih segar,” katanya.

Jelasnya yang pernah merakamkan lagu berentak Kpop sebelum ini, dia tidak lagi berminat dengan muzik seumpama itu.

“Dalam usia sekarang, genre Kpop tidak lagi bersesuaian dengan saya.

“Meskipun pernah merakamkan single Kpop, tetapi ia tidak pernah dilancarkan sehingga kini.

“Selepas ini saya lebih selesa memilih genre balada,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.

Ditemui di sidang media Gempak Superstar baru-baru ini, katanya, penglibatan menerusi program tersebut bertujuan mempamerkan bakatnya dalam bidang seni suara.


“Saya mengambil masa lama untuk menerima lamaran mengikuti program ini. Lagi pun saya tidak mahu sekadar tangkap muat sahaja.

“Kalau boleh biarlah penyertaan saya mampu membuktikan bakat dalam nyanyian,” katanya.

Tambah Nazim, dia berharap kemunculan bersama Gempak Superstar akan diterima peminat.

“Sedikit sebanyak ini menjadi platform saya muncul sebagai penyanyi di hadapan peminat. Jadi apabila keluar single nanti peminat tidak akan terkejut,” katanya.

Selain Nazim, Gempak Selebriti turut disertai oleh Sofi Jikan, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamarudin, Arja Lee, Izreen Azminda, Tasha Shilla, Raja Ilya, Sherry Ibrahim dan Siti Elizad.

Gempak Superstar akan bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam bermula 10 April 2016 secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

- Nazim Othman lancar single

Ekspresi cinta Siti Nurhaliza


MANTAP! Hanya itu yang boleh diungkapkan usai menonton Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends.

Secara keseluruhan, konsert ini layak diberikan lima bintang. Daripada segi pencahayaan, pemuzik, susunan muzik dan vokal penyanyi ini tidak ada yang perlu dipertikaikan lagi.

Dalam usia 20 tahun pembabitan penghibur nombor satu negara ini, beliau ternyata tiada dua atau tiga. Berilah apa sahaja genre muzik kepadanya, pasti disampaikan begitu baik sekali.

Suasana Stadium Negara gamat dengan kehadiran 7,000 peminat setianya yang rata-rata menunggu dari jam 2 petang. Umum mengetahui konsert yang dianjurkan Yonder Music bersama Xpax Celcom ini memberikan tiket kepada peminat bertuah selepas memuat naik aplikasi Yonder Music.

Ternyata, pengalaman sepanjang 20 tahun dalam industri dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyanyi kesayangan ramai ini.

Sementelah semangat itu ditiup dengan kehadiran ahli keluarga termasuk ibu, kakak dan juga suami membuatkan Siti bagai 'dirasuk' ketika persembahan.

Beliau memang layak digelar diva apabila sepanjang persembahan, tiada cacat celanya. Konsert selama dua jam itu diiringi orkestra 40 pemuzik dan The Gotham All Stars, sebuah band dari New York.

Memulakan persembahan secara akustik dengan rantaian lagu Aku Cinta Padamu, Percayalah, Jaga Dia Untukku dan Terbaik Bagimu, ia dilihat lebih kepada cara Siti mengekspresikan kasih dan penghargaan buat peminatnya selama ini.

“Anda tidak tahu...di belakang tadi, betapa saya gemuruh untuk membuat persembahan, tetapi melihat anda dan mendengar suara anda...saya begitu bersemangat,” katanya.


Konsert yang ke-30 ini lebih manis apabila Siti menjemput rakan-rakannya untuk sama-sama menyanyi di pentas yang sama.

“Saya berbangga dengan kehadiran mereka untuk bersama saya pada malam ini. Lebih manis apabila penyanyi antarabangsa, Anggun sudi menyanyikan lagu saya,” katanya saat memperkenalkan barisan rakan duetnya.

Selain akustik, persembahan selama dua jam itu diselitkan dengan persembahan audio-visual yang memaparkan temu bual dengan orang penting dalam perjalanan kariernya sebagai anak seni. Antaranya, ibunya sendiri, Salmah Bachik, kakak, abang serta band pertama yang bersama-sama Siti sewaktu zaman sekolahnya. Segala-galanya mengenai Siti yang begitu komited terhadap minatnya dalam bidang nyanyian.

Segmen kedua, Siti menyampaikan lagu medley Ku Mahu, Ku Milikmu dan Destinasi Cinta yang berduet bersama Sonaone dan Joe Flizzow. Siti juga berduet bersama Anggun dengan dua lagu iaitu sebuah lagu Anggun iaitu Snow On The Sahara dan Bukan Cinta Biasa. Siti kemudiannya menyampaikan lagu Cindai dengan susunan muzik lebih moden namun tidak meninggalkan keaslian lagu itu dari sudut vokalnya.

Dengan iringan orkestra, Siti menyampaikan 10 lagu bersama rakan-rakan artisnya antaranya Hafiz Suip dengan lagu Muara Hati; Cakra Khan untuk lagu Seluruh Cinta; Bagaikan Sakti bersama Faizal Tahir dan Biarlah Rahsia bersama Afgan.

Mengenang jasa orang pertama yang mencipta lagu buatnya, Siti menyampaikan lagu Jerat Percintaan, tribute kepada Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.

Cantik dengan tiga persalinan daripada Rizman Ruzaini, persembahan Siti seolah-olah tidak nampak ‘penat’ sehinggalah pada lagu terakhirnya Lebih Indah.

Walaupun persembahan sudah tamat, penonton masih tidak berganjak. Siti akhirnya keluar semula dan menyanyikan lagu Kau Ilhamku dengan susunan muzik baharu daripada Yonder Music. Manisnya, lagu ini disampaikan dengan kesemua rakan artis yang membuat persembahan. Tidak ketinggalan Jaclyn Victor turut hadir menyanyikan lagu ini dalam versi bahasa Inggeris.

Duta Yonder Music ini sememangnya meminati penyanyi Whitney Houston sejak kecil lagi, malah membesar dengan lagu-lagu penyanyi legenda ini.

“Saya banyak belajar teknik vokal menerusi lagu-lagunya. Antara lagu yang sering saya nyanyikan adalah I Will Always Love You,” tuturnya di hadapan ribuan peminatnya.

Tidak menghampakan apabila Siti menyanyikan sedikit bait-bait lagu itu dengan alunan vokal begitu mantap.

Untuk pertama kalinya, Siti menyampaikan lagu terakhir Whitney Hounston sebelum Whitney meninggal dunia iaitu Memories. Lagu itu duetnya bersama idolanya.

“Dengan kecanggihan teknologi hari ini, saya dapat berduet dengan idola saya,” katanya.

Malam itu juga Siti turut merakam video klip lagu tersebut bersama peminatnya memandangkan ia akan menjadi single terbarunya nanti.

Pada sidang media selepas tamat konsert, Siti melahirkan keterujaan apabila konsert yang dinanti-nantikan menjadi kenyataan, lebih manis ia dibuat genap 20 tahun penglibatannya dalam bidang seni.

“Saya sangat berterima kasih. Saya rasa puas dan akhirnya dapat tidur lena malam ini,” katanya.

Selepas konsert ini, Siti akan berehat daripada aktiviti seni.

“Saya ambil cuti tahunan dan akan menghabiskan masa bersama keluarga. Tapi, akan bekerja semula seperti biasa selepas Aidilfitri nanti,” katanya.

Yonder Music sudah meraih 200,000 pengguna dan album live konsert ini akan tersedia secara eksklusif untuk pengguna Yonder Music bermula hari ini.

- Ekspresi cinta Siti Nurhaliza

Saman bekas pengurus Zizan Razak ditolak


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak tuntutan saman yang dikemukakan oleh bekas pengurus peribadi Zizan Razak terhadap pelawak itu berhubung pelanggaran kontrak.

Keputusan itu dibuat Hakim, Roshbiahanim Ariffin sebentar tadi.

Mahkamah turut menolak tuntutan balas yang dikemukakan Zizan Razak pada 6 Jun tahin lalu berhubung dakwaan penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 5 November 2014, Marina Juki memfailkan saman terhadap Zizan yang dinamakan sebagai defendan tunggal atas dakwaan pelawak terbabit telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat televisyen berbayar sebelum kontrak bersama Wire Fame tamat.

Tindakan tersebut didakwa telah menyebabkan beliau kehilangan komisen sebanyak 15 peratus di atas pendapatan Zizan bermula Mei 2014 iaitu selepas pelawak terbabit menandatangani kontrak baharu.


Zizan selaku pengarah syarikat Wire Fame didakwa juga enggan menandatangani cek pembayaran komisen bagi kerja-kerja yang telah dilakukan pada 2013 dan 2014.

Oleh itu, Marina menuntut ganti rugi khas sebanyak RM535,500 dan ganti rugi am yang akan ditaksirkan kemudian selain faedah, kos dan relif-relif lain.

Beliau turut memohon perintah injunksi bagi menghalang Zizan meneruskan kontrak baharunya memandangkan pelakon utama filem Abang Long Fadil itu masih mempunyai kontrak dengan Wire Fame.

- Saman bekas pengurus Zizan Razak ditolak

Keserasian Erra di sisi Awie


Serasi dicari - Berbanding ketika berlakon Sembilu, Erra berkata pada waktu tersebut penghayatan watak timbul secara semula jadi kerana masing-masing sedang asyik bercinta. Kini keserasian lakonan perlu dicari kerana sudah lama tidak bergandingan, khususnya di dalam sebuah filem.

BERGANDINGAN semula dengan bekas tunangannya, Awie dalam sebuah filem, bukan sesuatu yang pelik buat wanita yang terkenal dengan jolokan Primadona Filem Alaf Baharu, Erra Fazira.

Sebelum ini, pasangan terkenal era filem Skop Production sekitar tahun 1990-an itu pernah bergandingan dalam Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya (2014), telefilem Aku Benci Raya (2015) dan teater epik Takhta Tiga Ratu (2014).

Puas beraksi di pentas dan di layar kaca, terkini dua nama besar itu kembali menguntum senyuman peminat menerusi sebuah filem berjudul Warna Cinta Impian (WCI).

Tidak terkejut saat persoalan berkenaan ‘percintaan semula’ antara Erra dan Awie, wanita berstatus ibu tunggal itu tersenyum panjang.

Katanya, perhubungan cinta dengan Awie tersemai ketika sama-sama membintangi filem Sembilu pada 1994. Berselang masa lebih 20 tahun, mereka kini bukan remaja yang perlu bermasam muka hanya kerana jodoh tidak kesampaian.

Mengakui sudah matang dan boleh berfikiran lebih rasional, pemilik nama Fazira Wan Chik itu seronok dapat kembali berlakon dengan Awie menerusi WCI yang disifatkannya seperti hubungan abang dan adik.

“Jika dahulu, bila berlakon bersama, hubungan kami akan sedikit tegang kerana sebagai teman lelaki, Awie seorang yang kuat cemburu.

“Sekarang, dia lebih bersikap seperti abang yang mudah mesra dan banyak membantu sepanjang proses penggambaran,” katanya yang dilihat tidak habis-habis diusik oleh Awie sepanjang usai tayangan perdana filem WCI di Damansara baru-baru ini.

Bukan setakat bermain kata, kesudian Erra untuk kembali berlakon bersama Awie tidak akan terhenti setakat ini. Erra tidak melihat sebarang halangan jika ada tawaran yang memerlukan mereka bergandingan sebagai hero dan heroin sekali lagi.

Mengulas niat Awie yang bercadang membuat filem berkisarkan percintaan mereka suatu ketika dahulu, pemenang tiga kali trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu menerima hasrta berkenaan dengan hati terbuka jika skrip dan jalan cerita bersesuaian.

“Jika ada permintaan untuk kembali menggabungkan kami selaku teraju utama, apa salahnya. Saya dan Awie masing-masing sudah dewasa, tiada lagi istilah merajuk atau berbalah.

“Kenangan bercinta sudah jauh kami tinggalkan dan rasanya kami lebih mudah bekerjasama andai tiada perasaan peribadi. Sekarang, kami lebih selesa sebagai kawan dan boleh bergurau tanpa perlu bimbang ada pihak terasa hati atau sebaliknya,” ujarnya lagi.


Rahsia peribadi

Permintaan untuk sebuah penyatuan semula Erra dan Awie sudah kerap kali juga disuarakan peminat. Bukan sekadar dalam sebuah karya fantasi, bahkan ada yang tidak putus-putus mengharapkan dua bekas kekasih itu menyatu di alam realiti.

Wanita berusia 42 tahun itu sedar keterujaan peminat tatkala melihat keserasian beliau dengan Awie. Kematangan hidup membuatkan penghayatan mereka meresap ke jiwa peminat sehingga ada yang terbawa-bawa bahawa kemesraan di dalam karya lakonan terutama menerusi WCI adalah perasaan sebenar.

Erra cukup memahami situasi berkenaan dan menerimanya sebagai alah bisa tegal biasa. Bukanlah kali pertama beliau mendapat reaksi sebegitu daripada peminat mengenai lakonan malahan dalam kehidupan peribadinya.

“Biasalah, peminat suka melihat kita mempunyai pasangan dan hidup gembira. Sebagai contoh, andai peminat melihat foto saya dirakam bersama bekas suami, Engku Emran dan anak, Engku Aleesya, respon serupa juga mencurah-curah agar kembali berbaik. “Buat masa sekarang, biarlah saya simpan soal hati untuk diri sendiri. Apa yang peminat harapkan, saya anggap sebagai doa,” ujarnya yang menolak bercerita tentang cinta hati walau dipujuk berkali-kali.

Filem tanpa hijab

Berbalik semula mengenai WCI, jarak tayangan filem dan proses pembikinan selama dua tahun turut memberikan impak terhadap Erra.

Sepanjang tempoh berkenaan, banyak perubahan berlaku, khususnya daripada segi penampilan dan imej Erra yang kini sudah berhijab.

“Filem WCI menjalani penggambaran sekitar 2014. Ketika itu saya belum berhijrah, namun saya tidak berasa ralat kerana apa terpapar sekarang merupakan komitmen saya sebagai pelakon.

“ Dua tahun lepas, saya tidak terbayang akan berhijab dalam tempoh terdekat. Apa yang penting, Allah tahu niat saya,” katanya yang tidak mahu terlalu memikirkan penerimaan peminat apabila melihat dirinya tidak bertudung dalam WCI.

Pada masa sama, rutin kehidupannya tidak banyak berubah. Selain karier dan soal anak menjadi keutamaan, perniagaan tudung yang dijalankan, Rara By Erra Fazira sejak lima tahun dahulu masih beroperasi dalam skala sederhana.

Biarpun sambutan yang diterima tidak meledak atau hangat diperkatakan, beliau selesa begitu dan berpuas hati kerana sudah mempunyai pengikut tersendiri.

“Alhamdulillah, hidup saya kini seimbang antara karier, ibu dan ahli perniagaan. Saya tenang dan gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya mengakhiri bicara.

Fenomena yang dicetuskan sewaktu berlakon bersama dalam filem Sembilu telah membuka pintu hati Erra Fazira untuk sekali lagi digandingkan bersama Awie untuk filem Warna Cinta Impian. Bukan di atas dasar membangkit kembali perasaan suatu masa dahulu, namun lebih kepada menjalin semula tali persahabatan, sekali gus mengubat kerinduan peminat.

- Keserasian Erra di sisi Awie

Fathia Latiff bersyukur diberi hidayah


SELESA mengenakan hijab, Fathia bersyukur diberi hidayah pada usia muda.

KEJELITAAN seseorang wanita Islam tidak pernah terusik mahupun berkurangan walau sedikit saat menyarungkan hijab. Begitu juga dengan pelakon Fathia Latiff yang kini bulat hati mengenakan hijab sejak minggu lalu.

Bercerita tentang keputusan tersebut, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa itu mengakui wujud perasaan bimbang dalam dirinya pada saat ingin mengenakan hijab. Dia bagaimanapun tidak menjadikan bisikan kerisauan tersebut sebagai halangan untuk meneruskan niat baiknya.

Tidak terlalu cepat mahu menyusun masa depan dalam dunia seni, Fathia juga menyerahkan banyak perancangan dan hala tuju kariernya kepada ketentuan Tuhan.

Turut bersyukur diberikan hidayah pada usia muda, Fathia mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari dalam usaha untuk menjadi Muslimah lebih baik.

Tambahnya, kehidupan kini lebih tenang selain mengharapkan penghijrahannya dapat memberi impak positif kepada peminat.


ARTISMELETOP!: Tahniah Fathia atas penghijrahan imej sekarang yang sudah berhijab. Bagaimana perasaan anda?

FATHIA LATIFF: Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tidak ada banyak perubahan, segalanya berjalan seperti biasa.

Bolehkah kongsikan sedikit detik awal saat anda mula membuat keputusan untuk mengenakan hijab?

Sebenarnya telah lama saya menyimpan hasrat untuk mengenakan hijab. Namun, disebabkan kurang yakin dengan keputusan yang hendak dibuat, saya memilih untuk menunda niat tersebut sehingga benar-benar bersedia.

Saya mula bersedia untuk melakukan perubahan apabila ditawarkan watak seorang wanita yang tidak berhijab di dalam sebuah drama.

Saya tolak tawaran tersebut bukan kerana watak tersebut, sebaliknya ia berlaku secara tiba-tiba. Terdetik di hati untuk menolak tawaran tersebut kerana pada ketika itu saya telah benar-benar bersedia untuk berhijab.

Apakah yang membuatkan anda benar-benar mahu berubah?

Segalanya berlaku tanpa dirancang. Saya anggap ini semua kerja Tuhan. Apa yang boleh dikatakan, saya masih perlu banyak belajar untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.

Tidakkah terdetik rasa bimbang sekiranya perubahan imej akan menyebabkan anda kehilangan banyak tawaran berlakon?

Mengapa harus bimbang (ketawa). Insya-Allah, saya percaya terhadap rezeki. Tidak ada apa yang perlu disesali selepas berubah ke arah kebaikan.

Setelah membuat keputusan untuk berhijab, adakah anda akan membataskan lakonan seperti adegan bersentuhan?

Disebabkan masih baru mengenakan hijab, saya tidak berani untuk memberi sebarang komen kerana bimbang akan menimbulkan perasaan kurang senang kelak. Insya-Allah, saya akan berusaha menjaga tertib wanita bertudung dari semasa ke semasa.

Adakah keputusan menutup aurat menjejaskan komitmen anda sebagai duta mana-mana produk?

Rasanya keputusan mengenakan hijab ini tidak akan memudaratkan mana-mana pihak. Begitu juga dengan pihak syarikat yang telah melantik saya sebagai duta produk.

Alhamdulillah, saya masih ada rezeki menjadi duta untuk beberapa produk. Namun, ada kontrak yang ditandatangani semasa saya belum berhijab memerlukan perbincangan semula. Saya serahkan segalanya kepada Tuhan. Sekiranya memang takdir rezeki berkenaan milik saya, saya terima.

Jika sebaliknya, mungkin ada hikmah yang saya tidak tahu. Tambahan pula, saya merancang untuk menceburi bidang baharu pada masa hadapan.

Apakah yang dimaksudkan dengan mempunyai perancangan lain pada masa hadapan?

Insya-Allah, saya ingin menceburi bidang perniagaan. Bagaimanapun, biarlah ia menjadi rahsia buat masa sekarang kerana segalanya masih baharu dan dalam perbincangan. Mohon doakan segalanya dipermudahkan.

Kebanyakan daripada selebriti wanita tempatan yang mengenakan hijab akan menerima kecaman sekiranya ada penampilan mereka dilihat tidak bersesuaian. Bagaimanakah penerimaan anda terhadap perkara tersebut?

Saya tidak berani untuk memberi sebarang pendapat kepada pihak lain kerana itu adalah antara mereka dengan Tuhan. Apa yang boleh saya katakan, saya akan berusaha untuk menjadi Muslimah yang baik. Seperti yang diperkatakan tadi, saya masih baharu dan banyak perkara perlu dipelajari.

- Fathia Latiff bersyukur diberi hidayah

Iedil, Reza seronok jadi penari jalanan


Reza (kanan) dan Iedil mengharapkan kebangkitan semula filem tempatan akan memberi tempias buat filem Showdown The Movie setanding filem lain yang berjaya mengutip jutaan ringgit.

BUKAN sekadar perlu menghafal skrip tetapi kali ini mereka perlu beraksi dan menari. Itu antara cabaran utama buat dua teraju utama filem Showdown The Movie, Reza Hasbi dan Iedil Putra yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 7 April ini.

Filem itu turut dibintangi Izara Aishah, Azad Jasmin, Ammar Alfian dan Maria Farida.

Bertemu dua teraju utama filem itu dalam satu sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini, ada cerita yang dikongsi mereka sepanjang bergelar penari jalanan.

Bagi Iedil Putra, biarpun ini kali pertama melakonkan filem tarian, namun atas tunjuk ajar yang diterima daripada pakar koreografi terkenal membuatkan dia mudah menguasai tarian hip hop dalam masa singkat.

“Sebenarnya sangat sukar untuk melakukan tarian hip hop sebab ia rancak, ada banyak pergerakan sukar dan memerlukan tenaga yang banyak. Sewaktu menerima tawaran berlakon filem ini, saya tidak berapa yakin dapat melakukannya tetapi kepercayaan yang diberi oleh pihak produksi membuatkan saya bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Walaupun saya tidak mempunyai latar belakang dalam ilmu tarian hip hop tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk saya mencuba sesuatu yang baharu demi mempelbagaikan watak,” ujar Iedil yang mempunyai latar belakang dalam seni persembahan tarian tradisional sejak berumur lapan tahun.


Bagi pelakon berusia 32 itu, dia mengakui kelibatnya dalam dunia seni kurang dikenali meskipun ironinya dia mula menempa nama dengan beberapa buah naskhah berat.

“Orang kenal saya melalui naskhah filem yang berat seperti Terbaik Dari Langit, jadi dari situ timbul perspektif yang mengatakan saya hanya muncul dengan naskhah berat dan bersifat antarabangsa.

“Sejujurnya, saya tidak memilih untuk berlakon dalam apa jua bentuk karya sama ada besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Jadi, saya harap peminat tidak lagi meletakkan persepsi sebegitu dengan kemunculan filem unik seperti Showdown The Movie,” ujarnya yang bakal muncul dengan dua buah filem, Pekak dan Interchange tidak lama lagi.

Sementara itu, bagi Reza Hasbi yang memegang watak sebagai Kimi berkata, mempunyai latar belakang sebagai penari memberi kelebihan buat dirinya untuk menguasai filem Showdown The Movie secara menyeluruh.

“Saya dilahirkan dalam industri ini menerusi sebuah program realiti, jadi dari situ saya belajar selok-belok menjadi anak seni. Malah, bakat menari digilap ketika berusia 13 tahun lagi apabila kerap bermain dengan kawan-kawan. Dari situ perlahan-lahan saya menguasai kemahiran asas tarian,” ujarnya.

Biarpun berpengalaman dalam dunia tarian tetapi dia tetap menganggap filem arahan Khairil M. Bahar itu memberi cabaran tersendiri, apatah lagi dia pernah mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran.

“Sewaktu menerima tawaran filem ini, saya sudah berhenti menari selama dua tahun. Jadi, perkara itu membuatkan saya perlu mengambil masa yang agak lama untuk mengembalikan momentum dan mencari rentak. Ia sebenarnya sukar sebab tempoh dua tahun boleh menguburkan skil tarian yang saya miliki.

“Malah, kecederaan juga adalah salah satu cabaran yang tidak boleh dielakkan. Pada hari pertama penggambaran, ibu jari kanan saya sudah tercedera kerana terseliuh sewaktu sedang melakukan latihan.

Akibatnya, sehingga sekarang kesan sakit itu masih ada, terutamanya apabila saya memegang telefon bimbit dan membawa motosikal,” ceritanya.

- Iedil, Reza seronok jadi penari jalanan

Monday, 4 April 2016

Tony Eusoff mohon maaf, sedia terima hukuman


Tony Eusoff

PELAKON, Tony Eusoff yang berdepan tuduhan memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah di Singapura melahirkan permohonan maaf kepada semua peminat, ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak media atas kejadian itu.

Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, menyatakan kesediaan berdepan dengan hukuman yang bakal dikenakan sekiranya beliau didapati bersalah oleh mahkamah negara kota singar itu.

“Saya sedia maklum dan mengaku bahawa perbuatan saya tempoh hari memang boleh mengundang salah dan akan menyalahi peraturan yang ada. Ingin saya tekankan di sini bahawa, kejadian ini berlaku tiada sebab lain kecuali atas kecuaian dan tidak kematangan saya berfikir pada waktu itu.


“Sedar akan tindakan tersebut boleh memberi pengaruh yang negatif kepada umum terutama golongan generasi muda kita dan saya amat menyesalinya,” tulisnya di laman Facebook.

Tony dituduh memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja semasa di dewan ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas, 12 Mac lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem dan teater ini turut berjanji tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.

“Hikmah dari kejadian ini akan saya manfaatkan untuk bertaubat serta membetulkan diri ini demi keluarga, rakan-rakan serta peminat saya yang tersayang.

“Sekali lagi, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf dari semua pihak. Segala doa, nasihat dan teguran semua amat saya hargai,” katanya.

- Tony Eusoff mohon maaf, sedia terima hukuman

Irwan pernah diketawa kerana mengaku ayah Marshanda


PELAKON terkenal Indonesia, Marshanda dalam satu temu bual dengan akhbar Indonesia berkata, banyak kisah menyayat hati berlaku ke atas ayahnya, Irwan Yusuf, antaranya ditertawakan orang ramai kerana mengaku bahawa pelakon itu anak kandungnya.

"Banyak hal berat yang papa alami. Waktu itu papa lagi makan di warung. Terus dia melihat saya di televisyen, terus papa bilang kepada orang-orang disitu 'anak gue tuh'. Eh, papa malah ditertawakan orang situ," kata Marshanda petik laporan Liputan 6.

"Tidak ada yang percaya dengan ucapan papa kerana ketika itu papa hanya berpenampilan lusuh dan hanya makan di warung yang sederhana. Setelah itu, papa tidak lagi mahu menyebut saya sebagai anaknya.


"Gara-gara itu mungkin papa jadi yang enggak (tidak) ngomong (bercakap) lagi kalau dia ayah saya. Banyak yang enggak percaya, tapi papa cuek (tidak ambil kisah) saja," tutur Marshanda lagi.

Ayah Marshanda, Irwan Yusuf ditemui petugas P3S Dinas Sosial Jakarta Selatan, di kawasan Bangka, Jaksel.

Irwan mengaku sudah tiga bulan menjadi pengemis. Hal itu dilakukan untuk menyambung hidup yang kelam setelah bercerai dengan ibunda Marshanda, Riyanti Sofyan.

Sebelum ini, kecoh di Indonesia bahawa seorang pengemis mengaku bahawa dia ayah kepada Marshanda, dan akhirnya Marshanda mengakui bahawa sang pengemis itu merupakan ayahnya.

- Irwan pernah diketawa kerana mengaku ayah Marshanda

Tony Eusoff didakwa di mahkamah Singapura kerana memiliki dadah


PELAKON Tony Eusoff dihadapkan ke mahkamah Singapuran atas tuduhan memiliki dadah.

Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, dituduh memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Tony dituduh memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja semasa di dewan ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.


Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 (RM57,605) atau kedua-duanya sekali.

Kesnya akan didengar lagi di Mahkamah Negara Singapura pada 12 April.

Memetik Berita Harian Singapura, pelakon itu berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.

Tony pernah memainkan watak utama sebagai Tan Sri P. Ramlee dalam muzikal P. Ramlee The Musical.

- Tony Eusoff didakwa di mahkamah Singapura kerana memiliki dadah