Sunday 8 March 2015

Ayda Jebat Akui Suka Zul Ariffin, Tidak Lebih Dari Rakan Sekerja





Ketika ini, Ayda Jebat menerima kritikan hebat kerana didakwa menjadi perampas kekasih orang namun dalam masa yang sama, dia tidak cepat melatah mahupun membuat kenyataan melulu mengenai spekulasi yang menimpanya sekarang.



“Ya, saya menyukai Zul Ariffin. Siapa tidak suka jejaka macho sepertinya dan saya yakin semua wanita menaruh hati padanya. Bagaimanapun, hubungan kami tidak lebih sebagai rakan sekerja”







“Lagipun, semua sedia maklum Zul sudah memiliki kekasih hati. Jadi saya tidak mahu pihak di sana terasa hati apabila kami terus dikaitkan. Bagi saya, tiada pun isu perampas kerana saya tidak pernah mengelak apabila terserempak dengan kekasihnya (Gayatri),” kata Ayda.



Selain itu, pelakon ini juga menegaskan bahawa walaupun dia dan juga Zul kelihatan serasi dan mesra namun mereka juga tahu menjaga batasan.



“Saya dan Zul dikaitkan pun kerana impak drama Rindu Awak 200%. Kami tidak menyimpan perasaan antara satu sama lain. Saya bagaimanapun gembira juga apabila orang memperkatakan mengenai kami, kerana ia petanda drama itu mencetuskan fenomena,” jelas pelakon ini.





- Ayda Jebat Akui Suka Zul Ariffin, Tidak Lebih Dari Rakan Sekerja

SHARING GOOD

0 Comment to "Ayda Jebat Akui Suka Zul Ariffin, Tidak Lebih Dari Rakan Sekerja"

Post a Comment