Berita hampa buat lelaki di luar sana apabila Erra Fazira mengakui kini dia sudah pun mempunyai teman istimewa namun buat masa ini masih merahsiakan perkara tersebut. Tidak mahu bercerita panjang mengenai lelaki tersebut, Erra punyai sebab sendiri di atas pengakuannya itu.
“Iya, saya mengaku sedang berkawan dengan seseorang. Siapakah dia, biarlah rahsia. Saya membuat pengakuan ini kerana mahu hentikan cakap-cakap orang yang suka mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki. Buat masa ini biarlah saya rahsiakan identitinya dulu”
“Ini kerana kami masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Selanjutnya biarlah keadaan dan masa yang akan menentukannya,” katanya dipetik di Harian Metro selain menyatakan bahawa dia tidak selesa apabila ada pihak menggalakkan dirinya dan Awie kembali bersama.
Selain itu, walaupun masih berahsia mengenai teman istimewanya itu, dia mengakui dirinya merupakan seorang yang selektif dalam memilih pasangan malah dalam masa yang sama turut sukakan lelaki yang tidak membuang masa dan mengetahui hala tuju di dalam kehidupan.
- Erra Fazira Akui Sudah Punyai Teman Istimewa, Rahsiakan Identiti Pasangan
0 Comment to "Erra Fazira Akui Sudah Punyai Teman Istimewa, Rahsiakan Identiti Pasangan"
Post a Comment