Tuesday 10 March 2015

Bukan jatuh di tandas, hajat tidak kesampaian – penjelasan anak arwah Harun Salim Bachik –

Bukan jatuh di tandas, hajat tidak kesampaian – penjelasan anak arwah Harun Salim Bachik – Berkenaan ‘post mortem’. Untuk makluman anda, jenazah Allahyarham Harun Salim Bachik 55, tidak menjalani post mortem atas permintaan anak-anaknya kerana sebelum ini mereka telah mengetahui ayahnya menghidap penyakit asma yang agak kritikal.



Anak sulung arwah, Syafiq Al-Rashid Harun 30, berkata ayahnya sebelum ini telah banyak kali ke hospital untuk menjalani rawatan bagi mengawal penyakit asma itu.




“Ketika kejadian saya memang tiada di situ, adik bongsu saya yang memberitahu segalanya kepada saya. Kami berpakat adik-beradik tidak mahu arwah ayah menjalani bedah siasat kerana memang mengetahui arwah ayah menghidap penyakit asma. Tiada amanat apa-apa yang disampaikan kepada saya, cuma arwah ayah sangat profesional dalam kerjaya dan saya banyak membantu menguruskan hal kerja. Apa yang saya boleh kongsikan, arwah ayah pergi dengan tenang Amin,” ujar Syafiq dengan linangan air mata dipetik portal Murai.



Berkenaan ‘jatuh dalam tandas’. Dalam pada itu, anak kedua Danial Al-Rashid Harun 29, turut bersetuju dengan keputusan abangnya yang tidak mahu arwah ayah menjalani bedah siasat. Dengan kesempatan ini, Danial ingin menjelaskan kepada umum bahawa arwah ayahnya tidak jatuh seperti mana yang digembar-gemburkan di dalam Facebook.



“Arwah ayah tidak jatuh, ketika asmanya menyerang, arwah ayah berpaut dan dipapah oleh adik saya, lantas adik saya membaringkan arwah ayah di atas pangkuannya. Saya tak pasti arwah ayah putus ubat atau pun tak tetapi sejak kebelakangan ini, arwah ayah telah membataskan hal-hal kerja. Umum kita tahu arwah ayah aktif dengan pelbagai rancangan TV dan sebagainya, cuma dalam tahun ini arwah ayah telah menghadkan kerja seninya di atas faktor kesihatan dan sebagainya,” kata Danial dalam nada tenang dipetik portal Murai.



Berkenaan ‘hajat tidak sampai’. Pemergian pelawak Allahyarham Harun Salim Bachik sememangnya mengejutkan ahli keluarga dan teman rapat beliau. Menurut anak ketiga Allahyarham, Ikram Al Rashid, 26 Allahyarham memang menghidap asma dan penyakitnya itu semakin teruk sejak kebelakangan ini.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan Allahyarham adalah semalam ketika kami sekeluarga berkumpul di majlis perkahwinan sepupu di Pulau Pinang. Dia ada berpesan mahu berjumpa saya bila pulang nanti. Itulah kata-kata terakhir Allahyarham kepada saya semasa majlis perkahwinan itu. Allahyarham memang menghidap asma sudah lama. Tapi saya tak sangka dia akan meninggalkan kami sekeluarga secepat ini kerana keadaannya yang kelihatan sihat ketika kami bertemu semalam,” jelas Ikram seperti dipetik Astro Awani.



Jelas Ikram lagi, ketika Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir dia tidak berada di sisi bapanya kerana pulang terlebih dahulu ke Kuala Lumpur.



Allahyarham Harun Salim Bachik meninggalkan seorang balu, enam orang anak dan tiga orang cucu. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Rauda Sakinah Batu Muda pada jam 11 pagi tadi.

- Bukan jatuh di tandas, hajat tidak kesampaian – penjelasan anak arwah Harun Salim Bachik –

SHARING GOOD

0 Comment to "Bukan jatuh di tandas, hajat tidak kesampaian – penjelasan anak arwah Harun Salim Bachik –"

Post a Comment