Sunday 8 March 2015

VIDEO : Ibu Mengandung Ditengking Dan Dihalau Oleh Pegawai KWSP Macam Anjing

kwsp



Semalam Rabu (04/03), di Tingkat 13 pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Raja Laut, saya ditengking oleh seorang pegawai KWSP berjawatan Timbalan Pengurus Seksyen Operasi & Prestasi, Jabatan Penguatkuasaan kerana saya meminta satu salinan borang yang saya isi dan meminta pengesahan penerimaan borang.



Hanya kerana meminta pengesahan itu, saya ditengking & dimarah dengan nada yang tinggi dan disaksikan oleh ibu, adik, kakak saya dan kakitangan KWSP yang lain.



Pegawai KWSP itu juga mencabar kredibiliti pihak polis dengan menyuruh saya membuat laporan polis berkenaan. Beliau menyuruh saya naik ke tingkat 25 bangunan KWSP berjumpa dengan Pengarah KWSP dan menyebut nama beliau di hadapan pengarah.



Beliau juga marah kerana katanya polisi KWSP tidak boleh memberikan salinan pengesahan kepada orang awam.

Juga membandingkan sektor pekerjaan saya di bidang kewangan tidak sama dengan sektor pekerjaan beliau di bidang siasatan. Lantas menghalau saya keluar dari bilik pejabat tingkat 13.



Hal ini amat memalukan saya di khalayak ramai dan membahayakan keadaan saya ketika itu kerana saya seorang ibu mengandung yang sedang menunggu hari untuk bersalin.



Adakah patut pegawai kwsp berperangai begini sedangkan beliau menerima gaji daripada caruman pekerja seperti saya juga.



Dimanakah integriti pegawai awam KWSP dalam menangani hal seperti ini? - VIDEO : Ibu Mengandung Ditengking Dan Dihalau Oleh Pegawai KWSP Macam Anjing

SHARING GOOD

0 Comment to "VIDEO : Ibu Mengandung Ditengking Dan Dihalau Oleh Pegawai KWSP Macam Anjing"

Post a Comment