Mengakui tidak mahu menangguhkan perkara yang baik, pelakon dan pengacara Amy Mastura turut terbuka hati untuk bertudung baru-baru ini. Perkara ini diketahui melalui Instagram jurusoleknya, Alha Alfa.
“Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim. Ikutkan, saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal”
“Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh,” jelasnya kepada Berita Harian. Selain itu dalam masa yang sama, tindakan Amy untuk berhijrah sepenuhnya itu turut mendapat sokongan ratusan peminat di Instagram.
Apa pun semoga perubahan positif ini bakal membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kehidupan Amy Mastura. Menjelang Ramadan ini kita nantikan siapa lagi selebriti yang bakal bertudung.
alhamdulillah,kian ramai artis wanita kita telah berhijrah ke arah murni tu,tak sangka juga ada sesetengah dari mereka yg berimej seksi sebelum ni,turut berhijab juga,ini sesuatu perkembangan yg menarik dan baik,serta mengharukan hati saya,walau belum lagi penghijrahan agama, namun membuatkan saya bertindak lekas untuk menyarungkan tudung esok harinya......
ReplyDelete