Al Ghazali, El Rumi dan Dul Lucky Laki.
SEMPENA kehadiran bulan Ramadan sekitar seminggu lagi, penyanyi Maia Estianty ternyata sudah mempunyai perancangan sendiri buat ketiga-tiga puteranya bagi meraikan bulan mulia itu.
Wanita berusia 39 tahun itu mengharapkan agar anak-anaknya, Al Ghazali, El Rumi serta Dul Lucky Laki rajin melakukan amal ibadat dan taat kepada perintah agama.
“Jika dilihat semula kita mempunyai sekitar 11 bulan bagi melakukan sebarang pekerjaan yang diinginkan dan hanya menghabiskan masa sebulan untuk beribadah.
“Pada kebiasaannya, anak-anak saya sering kali mengadu sakit perut ketika berpuasa. Jadi sebagai ibu, saya benar-benar bermohon agar segalanya tidak lagi menjadi alasan untuk mereka menunaikan ibadat wajib ini dengan baik,” ujar bekas isteri kepada komposer dan penyanyi terkenal, Ahmad Dhani itu.
Maia Estianty
Tambah Maia, tindakannya itu bertujuan untuk mendidik anak-anaknya agar menjadi lebih baik dan gemar menambah pahala dalam bulan yang penuh berkat tersebut.
Bagaimanapun, dia juga tidak bermaksud untuk mengawal tindakan anak-anaknya yang sedang meningkat remaja. Hanya sebagai seorang ibu, Maia mahu yang terbaik buat keluarganya.
0 Comment to "Impian Ramadan Maia Estianty"
Post a Comment