Kami antara peminat filem Jurassic Park yang dikeluarkan pada tahun 1993 dan kami masih kecil ketika itu teruja melihat dinosaur dihidupkan dalam dunia filem — walaupun hanya mampu menonton di kaca televisyen menerusi pita VHS. Oh nostalgia.
Lebih 20 tahun kemudian hari ini, Jurassic World tampil sebagai sekuel terus dari filem 1993 itu dan memaparkan bagaimana sebuah taman tema hebat dibangunkan di tapak asal Jurassic Park iaitu Isla Nublar — kali ini lebih gah dan punyai sistem lebih baik.
Jurassic World menampilkan Chris Pratt yang memegang watak sebagai Owen Grady seorang pegawai di taman tema itu yang mengkaji sekumpulan Velociraptor yang diberikan nama Blue, Charlie, Delta dan Echo. Untuk menarik lebih pengunjung, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk mencipta dinosaur sendiri.
Penyelidik di Jurassic World telah berjaya mencipta Indominus rex yang merupakan gabungan DNA dari beberapa jenis dinosaur kuno iaitu Giganotosaurus, Rugops, Majungasaurus dan Carnotaurus. Namun, keganasan spesis dinosaur baru ini mula tidak terkawal.
Bagaimana Owen Grady dan pasukan sekuriti mengawal Indominus rex dari terus mengganas, itu yang kami mahu tonton dan anda juga harus ke pawagam kerana review awal dari mereka yang sudah menonton filem ini menyatakan ianya satu filem sekuel terbaik untuk Jurassic Park.
Menonton sedutan melalui beberapa trailer yang dikeluarkan, kami pasti Jurassic World akan dipenuhi dengan aksi kejar mengejar — lihat bagaimana Chris Pratt di atas motorsikal bergegas keluar diiringi sekumpulan Velociraptor? Oh kami tidak sabar untuk ke pawagam.
Filem arahan Colin Trevorrow ini akan mula ke pawagam seluruh Malaysia bermula 11 Jun 2015.
Oh ya, Uinited International Pictures (UIP) kini sedang menganjurkan peraduan bersempena tayangan Jurassic World di Malaysia dan anda boleh memenangi hadiah yang hebat seperti telefon pintar Samsung Galaxy S6 dan cenderahati rasmi Jurassic World.
Trailer:
Layari laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut. Jom!
0 Comment to "Jurassic World Filem Wajib Tonton 2015"
Post a Comment