Sebelum ini Zizan Razak pernah dikatakan ingin mendirikan rumah tangga dalam bulan Mei mahupun Jun namun nampaknya sehingga hari ini, Zizan masih lagi belum berkahwin atau membuat sebarang persiapan.
Menurut Metro Ahad, Zizan tidak mahu memberikan sebarang komen mahupun kenyataan kerana perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak selain menyatakan butir perbincangan tidak boleh dikongsi kepada umum selagi belum ada kata putus.
Kiranya, majls pernikahan tersebut masih akan diadakan cuma ketika ini keluarga kedua belah sedang mencari masa dan tarikh yang sesuai. Kami yakin Zizan tidak akan menipu dan berdolak dalik dengan media dan juga peminat setianya di luar sana.
Peminat Zizan di luar sana pasti tidak sabar untuk menantikan idola mereka ini mendirikan rumah tangga dan seterusnya menjadi seorang bapa yang boleh dicontohi oleh peminat mereka. Semoga semua perancangan di pihak Zizan dan bakal isteri berjalan lancar dan dipermudahkan.
0 Comment to "Majlis Pernikahan Zizan Razak Masih Dalam Perbincangan"
Post a Comment