Tuesday, 9 June 2015

Sekitar Resepsi Ramona Zam Zam dan Rami Alashkar Di Perak



Ramona Zamzam dan juga suami, Rami Alashkar yang telah sah bergelar suami isteri pada 1 Mei lalu telah mengadakan majlis resepsi di Perak pada hujung minggu lalu yang turut dihadiri teman-teman rapat.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seadanya. Oleh kerana adik Rami akan mengadakan majlis kahwin bulan Ogos di Qatar maka kami disyorkan untuk menganjak perancangan itu sebulan selepas itu”


“Oleh kerana terlalu lama jarak menanti, kami putuskan untuk bernikah lebih awal dan mempercepatkan apa yang patut,” kata Ramona sebelum ini pada majlis nikahnya sambil menjelaskan mengenai satu lagi majlis yang akan dilangsungkan pada September nanti.

Apa yang penting, mereka telah pun sah dan selamat bergelar suami isteri. Semoga psangan ini sentiasa dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.



- Sekitar Resepsi Ramona Zam Zam dan Rami Alashkar Di Perak

SHARING GOOD

0 Comment to "Sekitar Resepsi Ramona Zam Zam dan Rami Alashkar Di Perak"

Post a Comment