Wednesday, 10 June 2015

Tasha Shilla kurus kerana cinta?



"SAYA bukan dirasuk. Saya memang tidak sihat ketika itu," tegas model dan juga aktres, Tasha Shilla berhubung gosip yang mendakwa dirinya dirasuk ketika di set penggambaran.

Akibatnya, beberapa babak yang melibatkan Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

"Set penggambaran itu ditangguhkan kerana saya mendapat cuti sakit," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program Kosong-Kosong anjuran Astro, baru-baru ini.


Tidak hanya dikaitkan dengan gosip berkenaan, pelakon berusia 28 tahun itu sekali lagi mengundang pelbagai tanda tanya lantaran susuk tubuhnya kelihatan semakin kurus sehingga mendakwa segala-galanya berpunca gara-gara putus cinta dengan bekas kekasihnya, Hans Wong.

"Tak adalah. Bukan sebab putus cinta.

"Kini, saya memang tengah mencuba satu produk kesihatan dan ia akan dipasarkan tidak lama lagi.

"Produk itu adalah produk saya sendiri, jadi saya ini umpama 'tikus makmal' untuk produk tersebut," katanya.

Berusaha untuk terus positif, Tasha kini enggan lagi kisah dengan 'cakap-cakap' orang.

"Saya tak mampu untuk menutup mulut orang daripada terus berkata-kata, jadi saya tak akan ambil pusing.

"Lagipun, kisah cinta bukan lagi perkara yang perlu diutamakan sebaliknya fokus saya kini adalah pada perniagaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tasha bakal tampil dalam drama bersiri MAID disamping Ayda Jebat dan Zul Ariffin selain terlibat dalam penggambaran drama bersiri 80 episod, Uda dan Dara.

- Tasha Shilla kurus kerana cinta?

SHARING GOOD

0 Comment to "Tasha Shilla kurus kerana cinta?"

Post a Comment