Monday, 10 August 2015

Emma Maembong Tidak Tahan Dengan Sikap Berdalih Zizan Razak



Kisah pencintaan pasangan ini sememangnya sudah lama terkubur dan baru-baru ini, nampaknya Emma Maembong bagaikan tidak dapat menahan perasaan dengan memuatnaik status yang menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga orang ramai.

“Sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak cerita perkara sebenar sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah playboy itu mengaku sajalah,” katanya dalam satu muatnaik di Twitter.

Selain itu, memetik kata-kata Emma di Berita Harian, Zizan dalam masa yang sama turut mereka cerita bagi mendapatkan simpati daripada peminat dan juga orang ramai. Malah kata Emma, dia tampil kerana sebelum ini pelakon ini hanya berdiam diri.


“Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya”

“Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama”

“Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini,” kata Emma menjelaskan situasi tersebut selain menyatakan Zizan seperti takut kepada bayang-bayangnya sendiri.

- Emma Maembong Tidak Tahan Dengan Sikap Berdalih Zizan Razak

SHARING GOOD

0 Comment to "Emma Maembong Tidak Tahan Dengan Sikap Berdalih Zizan Razak"

Post a Comment