SUDAH lama tidak mendengar berita mengenai penyanyi yang popular menerusi lagu Matahari ini.
Sementelah lagi dia enggan mengulas lanjut mengenai kisah rumah tangganya yang dikatakan bermasalah sebelum ini.
Bagaimanapun, setelah lama menyorokkan status perkahwinannya yang dibina sejak enam tahun lalu, Maya tampil membuat pengakuan.
Katanya, dia lebih selesa berdiam diri dan mengunci mulut kerana mahu menjaga hati keluarganya dan juga sebelah suaminya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz.
Akui penyanyi yang juga seorang pelakon ini, memang masalah rumah tangganya sudah lama berlaku dan mereka sudah tinggal sebumbung hampir enam bulan lamanya.
“Tetapi kami masih berhubung dengan baik sehingga kini dan akan mengambil tindakan lanjut secepat mungkin bagi mengelakkan salah faham atau fitnah,” katanya.
Tambah Maya, sehingga kini status perkahwinannya juga masih tergantung dan belum mempunyai sebarang keputusan di buat.
“Apa pun, saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Biarlah ia berlalu begitu sahaja selagi tidak menyusahkan kehidupan saya,” katanya.
Ditanya apakah semua yang berlaku berpunca daripada wujudnya orang ketiga, pelakon filem Gemerlapan itu menafikan perkara tersebut sekeras-kerasnya.
“Bukan semua kemusnahan rumah tangga berpunca daripada orang ketiga.
“Memang macam-macam cerita saya dengar mengenainya, tetapi saya tidak mahu ambil pusing lebih-lebih lagi tiada bukti kukuh,” katanya.
0 Comment to "Maya Ruslee Bukan kerana orang ketiga"
Post a Comment