Friday, 7 August 2015

Juliana Evans Mahu Teruskan Impian Jadi Pensyarah



Pernah menyambung pengajian di Amerika Syarikat pada tahun 2012 dan pulang ke tanah air pada April tahun lalu, Juliana Evans sebenarnya dalam masa yang sama turut mengidamkan untuk menjadi pensyarah selain cita-cita tersebut turut mendapat sokongan daripada ibunya.

“Saya tidak pernah gembira dengan diri sendiri kerana banyak benda yang berlaku. Sejak sekolah, saya rasa diri tidak berkembang. Sebab itu, ambil keputusan untuk belajar ke luar negara dan mahu impian saya menjadi kenyataan. Inilah masa depan yang telah lama saya tunggu”

“Saya mahu jadi pensyarah. Itulah cita-cita saya setelah mendapat sokongan ibu. Sekarang, langkahnya sedang dimulakan. Maksudnya, saya ada mendapat tawaran memberi ceramah motivasi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)”


“Selain itu, saya juga mendapat tawaran menjadi jurulatih lakon. Semua itu meningkatkan tahap keyakinan saya untuk menjadi pensyarah,” jelasnya kepada Utusan Malaysia sambil menyatakan jika citanya itu tercapai, dia akan lebih memilih dalam tawaran lakonan.

Semoga Jueliana Evans dapat mencapai apa yang diinginya dan dipermudahkan segala urusan dalam menjadi pensyarah. Untung betul pelajar nanti dapat pensyarah macam Juliana.

- Juliana Evans Mahu Teruskan Impian Jadi Pensyarah

SHARING GOOD

0 Comment to "Juliana Evans Mahu Teruskan Impian Jadi Pensyarah"

Post a Comment