Friday, 7 August 2015

Sharnaaz Ahmad Mahu Buang Imej Budak Jahat



Seringkali dilabel sebagai seorang yang panas baran dan juga atau berimej jahat, Sharnaaz Ahmad mengakui dia mahu berubah ke arah yang lebih baik namun menjelaskan perubahan tersebut bukanlah berlaku secara drastik.

“Jujur cakap apabila umur meningkat, ..orang kata meningkat di hujung angka 30-an atau ‘remaja akhir’, pemikiran kita jadi matang. Cara kita menerima keadaan dan menguruskan sesuatu itu berbeza. Ia ada peralihan normal dalam fasa hidup manusia”

“Ia terjadi tanpa dikawal atau boleh dicakap itu dan ini. Saya percaya semua orang di dunia ini mahu jadi lebih baik. Sebelum ini mungkin saya tidak boleh tahan atau paksa amarah itu jadi tenang. Memang tak nafikan sebelum ini, saya jenis yang cepat panas baran. Hal ini bersangkut paut soal umur. Darah mudalah katakan,” katanya kepada BH Plus.


Selain itu, pelakon ini juga menjelaskan bahawa dia juga turut sama mahu mendirikan rumah tangga dan percaya jodoh untuk dirinya tetap ada dan dia juga layak untuk mengecapi bahagia seperti pasangan yang lain.

“Saya tak kisah siapa wanita itu. Yang penting dia baik dan menghormati keluarga saya. Dia juga boleh menjaga saya seperti ibu bapa saya menjaga saya,” jelasnya sambil memberitahu jika sudah sampai rezeki dan jodoh, dia memang tidak mahu berlengah untuk berkahwin.

- Sharnaaz Ahmad Mahu Buang Imej Budak Jahat

SHARING GOOD

0 Comment to "Sharnaaz Ahmad Mahu Buang Imej Budak Jahat"

Post a Comment