Setelah beberapa kali gagal dalam percintaan, kini Uqasha Senrose menyatakan dia dan Iqram Dinzly hanyakah sekadar kawan biasa dan belum sampai tahap bercinta lagi selain belum bersedia untuk memikul sebarang komitmen lagi.
Memetik kenyataan dari portal Mangga Online, Uqasha akui masih terkesan dengan kegagalan cintanya sebelum ini selain hampir serik untuk bercinta lagi.
“Sha berkawan tapi belum tahap bercinta. Sha belum sedia untuk sebarang komitmen lagi. Sha mahu berkawan dulu. Sha mahu belajar daripada pengalaman lalu. Apa yang salah dan silap serta yang mana baik dan buruk semasa hubungan dulu akan Sha jadikan panduan,” ujarnya lagi.
Semoga apa sahaja keputusan Uqasha dalam percintaan bakal membawa kepada gerbang bahagia. Malah pelakon ini sendiri turut menyatakan apa yang terjadi mempunyai hikmah disebaliknya.
0 Comment to "Uqasha Senrose: Kami Belum Sampai Tahap Bercinta"
Post a Comment