Wednesday, 6 January 2016

Asyraf Datuk K Serik Berlakon Selepas Pegang Watak Doktor


Asyraf dalam salah satu babak untuk drama Penjara Hati.

ubaan Ashraf Khalid berlakon sebagai doktor, watak sampingan untuk drama Penjara Hati baru-baru ini membuatkan anak tiri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu tidak lagi berminat dengan kerjaya itu.

Asyraf, 24, menyifatkan kerjaya seorang pelakon bukannya mudah lebih-lebih perlu berdepan dengan pelbagai cabaran seperti menahan panas kerana dikelilingi lampu-lampu spotlight selain memerlukan penghayatan watak yang baik.

"Asalnya, saya cuma menemani isteri (Tya Ariffin) di lokasi penggambaran. Tiba-tiba, pihak produksi memerlukan watak doktor dan saya menawarkan diri untuk membantu mereka untuk satu babak sahaja.

"Ingatkan senang, rupa-rupanya susah juga. Keadaan panas kerana lampu dan kipas pula tak boleh dibuka sebab bising. Saya tak boleh bayangkan bagaimana pelakon-pelakon ini mampu bertahan dari pagi sehingga malam.

"Tak teringin dah untuk berlakon. Apa lagi ia mengambil masa yang sangat lama. Kalau sekadar watak menjadi diri sendiri, mungkin boleh difikirkan," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Sementara itu, Asyraf berkata, selepas kejayaan penganjuran ceramah The Story yang melibatkan tiga tokoh iaitu Siti Nurhaliza, bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ahli perniagaan Datuk Kamarudin Meranun pada 16 September tahun lalu, acara tersebut diteruskan dengan penampilan wajah baharu pula.

Asyraf sebagai pengasas Generasi Bersatu Malaysia (GBM) yang menganjurkan The Story akan menampilkan pula tukang masak selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) dan Pengasas Kolej Brickfields Asia, Raja Singham dalam sesi ceramah yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Istana Budaya (IB).

"Ini merupakan ceramah kedua GBM selepas kejayaan anjuran kami yang pertama.



"Saya terharu apabila pihak IB memberi peluang kepada golongan muda seperti saya menganjurkan program-program sebegini.

"Dengan kemunculan golongan-golongan yang sukses dalam kerjaya berkongsi pengalaman masing-masing, saya percaya ia dapat menarik ramai pihak untuk hadir mendengar ceramah mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Asyraf yang juga anak usahawan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) berkata, The Story akan menjadi acara bulanan sehingga akhir tahun ini.

"Saya menerima banyak respons positif selepas menganjurkan The Story yang pertama sebelum ini. Malah ada yang berkongsi pendapat untuk memilih mana-mana golongan yang berjaya untuk tampil dalam program ini pada masa akan datang.

"Untuk anjuran pada Sabtu ini, kami juga akan tampilkan persembahan istimewa daripada penyanyi-penyanyi popular," tuturnya.

Bagi yang berminat, tiket berharga RM15, RM25, RM35, RM45, RM55, RM65 dan RM75 boleh ditempah dengan melayari www.airasiaredtix.com atau hubungi 017-6070670 (Izzati).

- Asyraf Datuk K Serik Berlakon Selepas Pegang Watak Doktor

SHARING GOOD

0 Comment to "Asyraf Datuk K Serik Berlakon Selepas Pegang Watak Doktor"

Post a Comment