Wednesday, 6 January 2016

Linda Hashim: Nama Anak Saya Punyai Maksud Baik


Linda bersama Beego dan anak pertama mereka Jelita Clarissa.

Pelakon Linda Hashim memberitahu nama kedua-dua anaknya iaitu Jelita Clarissa, 2, dan Anggun Cassandra yang baharu dilahirkan 29 Disember lalu mempunyai makna tertentu dengan membawa maksud yang baik.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 32, berkata, nama tersebut dipilih berikutan ia dianggap unik selain sedap untuk didengar.

"Bagi saya nama itu tidak pelik dan yang penting mempunyai makna yang baik, kami rasa nama tersebut unik dan berbeza daripada kebanyakkan nama lain.

"Anggun dan Jelita itu nama Melayu klasik pilihan suami. Jelita Clarissa membawa maksud jelita yang jelas, manakala Anggun Cassandra membawa maksud anggun yang prihatin," ujarnya kepada mStar Online.



Anak kedua pasangan baharu sahaja diberi nama Anggun Cassandra.

Linda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang nama-nama anaknya yang dipersoalkan maknanya oleh pengikut laman sosial.

Tambah Linda, dia memilih nama tersebut daripada lebih 10 senarai nama ketika mengandung.

Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, pada 8 Jun 2013.

"Sebenarya banyak nama yang difikirkan sesuai. Saya juga minta pendapat daripada ibu mertua dan kawan-kawan rapat.

"Suami yang pilih nama awal iaitu Anggun dan nama akhir pula dia serahkan kepada saya untuk pilih," ujarnya.

Dalam pada itu, Linda berkata rezekinya lebih murah sejak dikurniakan cahaya mata kedua apabila menerima pelbagai hadiah barangan bayi daripada peminat.

Linda turut bertuah menerima tajaan perkhidmatan rawatan ibu bersalin Sri Wajah Ibu sepanjang tempoh berpantang.

"Alhamdulillah rezeki anak, saya dapat tajaan penjagaan rawatan sepanjang 33 hari tempoh berpantang daripada Sri Wajah Ibu.

"Saya tidak bimbang tentang pemakanan, jamu dan urutan bersalin kerana datang kerumah setiap hari untuk menjaga saya. Mereka juga profesional dan tahu cara terbaik untuk jaga bayi daripada penyakit kuning," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang kerjaya lakonannya, Linda mendapat tawaran untuk berlakon drama bersama suamiya Beego pada Mac depan di Terengganu.

Bagaimanapun, dia masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut.

"Saya perlu ambil pembantu terlebih dahulu untuk jaga anak-anak saya jika ingin kembali aktif berlakon, tengoklah macam mana nanti," ujarnya.

Kita sebagai umat islam hendaklah meletakkan nama-nama yang elok kepada zuriat kita.

- Linda Hashim: Nama Anak Saya Punyai Maksud Baik

SHARING GOOD

0 Comment to "Linda Hashim: Nama Anak Saya Punyai Maksud Baik"

Post a Comment