Monday, 11 January 2016

Awie dakwa Rozana tidak amanah



PENYANYI kumpulan rocks Wings, Awie mendakwa, bekas isterinya Rozana Misbun seorang tidak amanah dalam menguruskan perbelanjaan yang disediakan buat anak-anaknya.

Awie, 48, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, sikap itu menyebabkan sejumlah besar wang simpanan yang diperuntukkan untuk perbelanjaan anak telah digunakan untuk kepentingan peribadi.

Melalui pernyataan dan tuntutan balasnya terhadap permohonan nafkah anak yang dipohon Rozana, penyanyi yang sedang popular dengan lagu 'Ingatkan Dia', itu turut mendakwa bekas isterinya itu bukan seorang ibu bertanggungjawab dan berkredibiliti menguruskan dan mengawal selia perbelanjaan anak-anak.

Dalam permohonan itu Rozana, 38, antara lain menuntut sebanyak RM5,300 kepada penyanyi itu sebagai nafkah bulanan bagi dua anak dalam jagaannya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6


Jumlah itu termasuk perbelanjaan makan minum, kelengkapan diri dan lain-lain (RM3,000); kos tempat tinggal (RM1,500) serta bayaran pembantu rumah (RM800).

Awie pula menyifatkan tuntutan berkenaan melampau dan tidak munasabah.

Sehubungan itu Awie memohon mahkamah menolak tuntutan Rozana sebaliknya membenarkan tuntutan balas dengan nafkah bulanan sebanyak RM1500 sebulan dengan cara memasukkan terus jumlah tersebut ke dalam satu akaun khas yang dibuka untuk anak-anak mereka.

Awie turut menuntut kesemua urusan pembelian keperluan pakaian untuk persiapan persekolahan dan perayaan diuruskannya.

Sementara itu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Che Saupi Che Hussin, mahkamah menetapkan 2 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi pihak Rozana mengemukakan jawapan kepada tuntutan balas Awie.

- Awie dakwa Rozana tidak amanah

SHARING GOOD

0 Comment to "Awie dakwa Rozana tidak amanah"

Post a Comment