Wednesday, 6 January 2016

Julia Perez cari suami


JULIA PEREZ

Setiap orang memasang resolusi baharu setiap kali tiba tahun baru. Kebanyakannya memilih niat yang lebih baik dan berharap tahun baru memberi banyak manfaat kepada mereka.

Hal yang sama dilakukan oleh penyanyi dan pelakon sensasi, Julia Perez atau Jupe.

Jupe yang meraikan sambutan Tahun Baru 2016 dengan beriktikaf di sebuah masjid memberitahu, bersyukur kerana banyak hutangnya pada tahun lalu berjaya dilunaskan.

Malah, untuk tahun ini, selain mahu melihat kerjaya seninya berjalan lancar, mempunyai lebih banyak masa dengan keluarga dan diberi kesihatan yang baik, dia memasang niat peribadi. Kata Jupe, tahun ini dia menyasarkan untuk dinikahi oleh lelaki yang beriman.


“Tahun ini saya mahu cari suami. Saya mahu lelaki yang mampu menjaga iman, baik hati dan pandai menjaga rumah tangga,” ujarnya serius.

Tegas Jupe lagi, oleh kerana dia menyasarkan untuk mendapat suami, bukan sekadar kekasih, kriteria bakal ketua rumah tangganya itu perlu dititik beratkan.

Ujarnya: “Sebenarnya, sehingga saat ini saya memang belum punya teman lelaki kerana tidak mencarinya. Tapi tak mengapa sebab saya tidak mahu terburu-buru kerana yang dicari ialah calon suami, bukan sekadar kekasih. Jadi kriteria lelaki beriman yang dicari perlu diutamakan.”

Terdahulu, wanita dengan nama sebenar Yuli Rachmawati itu hampir berkahwin dengan Gaston Castano yang menjadi tunangannya tahun lalu. Mereka tidak jadi berkahwin kerana Gaston dikatakan curang dengan pelakon berusia 35 tahun itu.

- Julia Perez cari suami

SHARING GOOD

0 Comment to "Julia Perez cari suami"

Post a Comment