Shahid Kapoor
Selepas mendirikan rumah tangga Julai tahun lalu, aktor Shahid Kapoor dikhabarkan bakal meminang cahaya mata tidak lama lagi apabila ada ura-ura mengatakan, isterinya, Mira Rajput sedang hamil anak pertama.
Meskipun belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada kedua-dua belah pihak, kekerapan bintang filem Vivah itu berkongsi gambar isterinya di laman sosial banyak mengundang spekulasi bahawa dia sedang berterima kasih kepada Mira kerana mengandungkan anak mereka.
Minggu lalu, Shahid memuat naik sekeping gambar Mira sedang melukis berserta kapsyen menyentuh hati tentang perubahan yang berlaku dalam hidupnya sejak berkahwin.
“Saya sungguh bertuah memiliki isteri secantik kamu. Kehadiran kamu membawa banyak elemen positif, sekali gus menjadikan saya manusia yang lebih baik.
“Kamu isteri paling sempurna dan saya mencintaimu sepenuh jiwa,” tulis Shahid lagi.
Menurut sumber terdekat, kehamilan juga menjadi alasan Mira banyak menghabiskan masa berehat di rumah.
0 Comment to "Shahid Kapoor bakal bergelar bapa?"
Post a Comment