Wednesday, 24 February 2016

Simpati nasib Zizie Ezzete


Ramai yang ingat ahli Parlimen popular, Bung Mokhtar Radin sudah bercerai dengan isteri pertamanya dan secara rasminya dramatis, Zizie Ezzete satu-satunya isteri Bung.

Rupa-rupanya sangkaan tersebut meleset dan tidak tepat sama sekali, sebab isteri Bung, Datin Nor Asidah Alimuddin masih kelihatan di sisi lelaki berkenaan.

Gambar dan namanya didedahkan media ketika Bung diziarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hospital pakar Kuala Lumpur baru-baru ini.


Nak dijadikan cerita juga, Mizz Lahar sempat melilau tengok di laman Instagram dan ternampak pula gambar serta status Zizie yang berbunyi seakan-akan sinis memperli entah siapa. Gara-hara hastag #jangankataakakxjagasuami yang disertakan Zizie juga, ramai pengikutnya memberi respons agar Zizie jangan layan kata-kata orang terhadapnya.

Mizz Lahar tak nampak pula ada yang mengata tak elok tentang Zizie dalam ruangan komen pada gambar terbabit, mungkin di gambar lain agaknya. Simpati juga Mizz Lahar terhadap Zizie. Sudahlah suami sakit, dikeji pula oleh peminat. Tak baik cakap Zizie tak jaga suami. Masa Bung buat rawatan di China, banyak kali Mizz Lahar nampak Zizie ke sana untuk temankan suami.

MIZZ LAHAR: Tak sabar nak tengok Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya, Sabtu ini. Siapa nak bergambar percuma di Studio Mini Kosmo! sila ke lobi Istana Budaya bermula hari ini hingga Jumaat nanti. Kalau nasib baik boleh jumpa artis popular tau!

- Simpati nasib Zizie Ezzete

SHARING GOOD

0 Comment to "Simpati nasib Zizie Ezzete"

Post a Comment