Saturday, 14 February 2015

Ajieb Rosdi cipta nama di Korea





Sebelum menempa kejayaan di Korea Selatan, Ajieb Rosdi merupakan bekas pengacara sebuah portal online dan turut bergelar penyampai radio sambilan THR Gegar.



Mengikuti jejak langkah Yuna yang menjadi artis rakaman antarabangsa di bawah pengurusan David Foster, Ajieb juga tidak kurang hebatnya apabila dilamar syarikat pengurusan artis dari Korea, Blessync Media, pada 4 Mei 2013.



Pemilihan Ajieb dilakukan dalam satu proses uji bakat suara secara tertutup oleh produser negara itu ketika penyanyi itu berkunjung ke Seoul, Korea Selatan buat kali kedua.









Dalam perkembangan terkini, Ajieb bakal disatukan dalam satu kumpulan K-Pop yang terdiri daripada empat ahli namun belum diberi nama lagi.



Bahkan peminat diberi peluang untuk mengundi atau memilih nama kumpulan itu menerusi lama web rasmi syarikatnya, www.hiccmedia.com.



Kini Ajieb sibuk dengan latihan nyanyian dan tarian untuk konsert jelajah di Asia Tenggara termasuklah Korea, Jepun, China dan Malaysia merupakan negara pertama untuk persembahan kumpulannya nanti.



Sementara itu, lagu duetnya bersama mendiang Eun B (Ladies Code), Remember Me, masih menanti tarikh untuk dilancarkan di Korea.



PROFIL



NAMA SEBENAR: Mohd Razif Mohd Rosdi

KOMERSIAL: Ajieb Rosdi / Hyun Min

UMUR: 33

ASAL: Johor

KERJAYA: Penyanyi, DJ radio, pengacara

LABEL: HICC Media



Twitter: @hyunminajieb

Instagram: @hyunmin_a









- Ajieb Rosdi cipta nama di Korea

SHARING GOOD

0 Comment to "Ajieb Rosdi cipta nama di Korea"

Post a Comment