Wednesday, 25 February 2015

Demi nyanyian, Zaidi Anwari keluar duit sendiri





SIAPA sangka penyanyi kelahiran Sarawak, Zaidi Anwari memulakan langkah dalam bidang muzik sejak berusia tujuh tahun lagi dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di kampung halamannya.



* Pernah menyertai pertandingan Bintang Kecil, namun tidak berjaya mendapat sebarang anugerah ketika itu.



* Selain program realiti, Zaidi merupakan naib juara Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan (2001) mewakili negeri kelahiran dan dia bertindak selaku penyanyi solo utama.



* Namun begitu, minatnya tidak terhenti begitu sahaja sehingga dia sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-citanya sebagai penyanyi.



* Biarpun mengeluarkan duit poketnya sendiri, jejaka berusia 33 tahun ini terbang ke Indonesia untuk merakamkan dua buah single yang bertajuk Cinta Tiada Akhir dan Jangan Pergi.



* Kedua lagu ini merupakan ciptaan komposer terkenal negara itu, Bemby Nor dan sebenarnya single ini dirakamkan di Jakarta pada 2012 lagi.



* Kerjasama antara komposer itu bermula apabila Bemby melihat lagu covernya di akaun Facebook Zaidi sendiri.



* Biarpun lagu ini belum memasuki pasaran Semenanjung Malaysia namun sebenarnya ia sudah di putarkan di radio Sarawak sejak dua tahun lepas dan kini ingin meluaskan hingga ke serata negara ini.



* Dalam masa sama, dia masih lagi meneruskan pekerjaannya dalam bidang perhotelan di Bintulu.











NAMA: Zaidi Anwari

UMUR: 33

ASAL: Bintulu, Sarawak

SINGLE: Awan Awani, Cinta Tiada Akhir, Jangan Pergi

LABEL: Cloudworks





- Demi nyanyian, Zaidi Anwari keluar duit sendiri

SHARING GOOD

0 Comment to "Demi nyanyian, Zaidi Anwari keluar duit sendiri"

Post a Comment