Syatilla begitu akrab dengan keluarga Shaheizy Sam.
Syatilla Melvin memberitahu kepada Artis Meletop setakat ini Shaheizy Sam menjadi individu yang paling rapat dalam hidupnya. Bagaimanapun pelakon yang mencipta nama selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010 itu belum berfikir jauh mengenai hubungan mereka.
Hubungan Syatilla dan Sam pernah diperkatakan sekitar dua tahun lalu, namun ia tidak berpanjangan.
Sam juga dikatakan akrab dengan salah seorang gandingan pelakon cantik selepas hubungan itu dikatakan kononnya tidak mendapat restu keluarga.
Bagaimanapun kebelakangan ini hangat kembali cerita mengatakan hubungan Syatilla dan Sam kembali terjalin. Syatilla juga kerap memuat naik gambar ibu Sam iaitu Khaty Fauziah di laman Instagram miliknya. Terpancar kemesraan di antara mereka.
"Untuk fikir ke depan iaitu soal kahwin, rasa belum lagi. Tak nampak apa apa bayangan lagi pun. Saya percaya Tuhan sudah tetapkan jodoh masing-masing. Sampai masanya, kalau ada jodoh... kita rai bersama.
"Saya ini perempuan... tak manis dan takut nak buat sebarang pengakuan mengenai cinta. Selagi belum ada kahwin, maka tak adalah hubungan istimewa. Hubungan saya dengan keluarga dia (Sam) pun rapat," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Dia Isteri Luar Biasa untuk slot Akasia TV3.
Menurut Syatilla, beliau sudah rapat dengan Sam dan keluarganya sejak lima tahun lalu.
"Dia seorang yang sangat mulia hatinya. Semua yang kenal dia akan selesa termasuk saya sendiri. Lagi lama kenal dia... maka lagi dalam saya kenal hati budinya. Cukuplah saya cakap, saya selesa berbaik dengannya dalam keadaan sekarang," katanya.
Ketika pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari baru-baru ini di Johor Bahru, Syatilla turut ke sana bersama kawan yang lain termasuk Sam memeriahkan majlis itu. Terlanjur berada di sana, Syatilla turut memeriahkan acara sambutan hari lahir anak buah Sam di sana.
Zizie Ezette dan Khaty Fauziah sendiri turut memuat naik gambar kegembiraan majlis hari lahir itu di laman Instagram dan Syatilla juga memuat naik gambar yang sama.
"Dalam hal ini tak wujud istilah saya nak ambil hati keluarga dia. Tapi lebih kepada berbuat baik. Kalau orang sudah baik dengan kita, kenapa kita tak boleh melakukan hal yang sama," katanya.
Sempat ditanya apakah beliau mempunyai masalah dengan Fazura seperti yang sedang diperkatakan saat ini. Ia ekoran status di laman Twitter milik Syatilla yang dikatakan menyindir Fazura yang mengimbau kenangan dia dan Sam suatu ketika dulu.
"Tak pernah ada isu antara kami dan saya tak pernah memikirkan hal itu," katanya.
- Syatilla Melvin: Shaheizy Sam paling rapat dalam hidup saya
0 Comment to "Syatilla Melvin: Shaheizy Sam paling rapat dalam hidup saya"
Post a Comment