Sunday 1 March 2015

Akhirnya Mamat Khalid Tak Mahu Berkerjasama Dengan Zizan Razak?





SIAPA tidak kenal pengarah hebat, Mamat Khalid? Lihat sahajalah deretan filem-filemnya termasuk Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon & Jin Pakai Toncit.



Hampir kesemua karya arahannya berjaya meraih pulangan hebat di pawagam apatah lagi idea-idea yang diterjemahkan menerusi filem tidak mengecewakan penonton.



Bakal mempertaruhkan filem seterusnya, Werewolf Dari Bangladesh, bermula 5 Mac ini, Mamat pertama kali diduga dengan masalah berkaitan dengan pelakon apabila tonggak utama, Zizan Razak dan Emma Maembong tidak muncul di majlis tayangan perdana filem berkenaan.



Sepanjang pembabitan pengarah popular ini dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem, Mamat mengakui ini adalah kali pertama dia berdepan dengan situasi seumpama ini.



"Dalam sejarah saya buat filem bermula tahun 2004, ini adalah kali pertama pelakon tidak datang dan memberikan kerjasama di majlis tayangan perdana.



"Saya merasakan mungkin ini adalah 'trend' artis sekarang apabila mereka merasakan tahap diri mereka tinggi dengan peminat yang beratus juta, mereka tidak perlu datang.



"Kalau satu ketika dahulu, untuk tayangan perdana, pelakon apatah lagi tunjang utama filem akan memberikan kerjasama yang baik untuk mempromosikan filem lakonan mereka. Namun kini, budaya itu telah mati. Mungkin mereka rasa, ianya sudah cukup sekadar

penglibatan dalam filem sahaja," kata Mamat.



Jelasnya, ketidakhadiran dua pelakon itu hanya dimaklumkan beberapa jam sebelum sesi tayangan itu diadakan sedangkan tarikh itu adalah tarikh kedua yang dipilih setelah meneliti jadual pelakon berkenaan.



"Sebelum ini, sudah ada tarikh lain, namun sebab jadual mereka padat, kami memilih tarikh lain. Namun, saya tidak sangka anjakan tarikh itu hanya tindakan sia-sia.



"Situasi ini boleh diibaratkan seperti saya mengadakan kenduri kahwin anak saya, namun ada saudara mara yang tidak datang. Walaupun mereka tak datang, kenduri itu tetap diteruskan seperti yang dirancang," katanya lagi. - Akhirnya Mamat Khalid Tak Mahu Berkerjasama Dengan Zizan Razak?

SHARING GOOD

0 Comment to "Akhirnya Mamat Khalid Tak Mahu Berkerjasama Dengan Zizan Razak?"

Post a Comment