Wednesday, 18 March 2015

Ayda Jebat jawab tuduhan gedik





DISEBALIK populariti yang dimiliki, bintang Rindu Awak 200%, Ayda Jebat, tidak lari dari kritikan dan kontroversi. Selain dilabel sebagai pelakon 'gedik', Ayda juga dikatakan terlalu bersikap kebudak-budakan sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.



Tetap dengan pendiriannya, Ayda menegaskan, dia lebih suka menjadi dirinya sendiri.



“Memang ada yang tegur sikap saya yang mereka nampak seperti budak-budak tapi inilah diri saya.



“Saya lebih selesa menjadi diri sendiri daripada terpaksa berpura-pura sopan semata-mata untuk jaga perasaan orang lain. Tapi bila di belakang, macam-macam pula perangainya,” katanya.







Enggan mengambil pusing mengenai perkara itu, Ayda berkata, sebagai pelakon baharu adalah lebih penting dia menumpukan karier seninya berbanding kontroversi yang tercetus.



“Tak kisahlah orang nak kata saya gedik atau apa sahaja kerana ia tidak jejaskan karier saya dan itu lebih penting sebab gedik tidak ada kaitan dengan prestasi lakonan.



“Lainlah kalau saya ni berlakon seperti kayu, memanglah saya kena berubah,” jelasnya.



Sementara itu, dalam perkembangan karier seninya, Ayda kini baharu sahaja tampil menerusi drama Isteri Separuh Masa dengan memegang watak antagonis bernama Lisa yang turut dibintangi Emma Maembong dan Aiman Hakim Redza.





- Ayda Jebat jawab tuduhan gedik

SHARING GOOD

0 Comment to "Ayda Jebat jawab tuduhan gedik"

Post a Comment