Tuesday, 17 March 2015

Bisnes Tidak Menjadi Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman



Boy Iman rugi RM65,000 ketika menganjurkan Celebrity Bazaar tahun lalu.



Pelakon Boy Iman mengesahkan bakal berpisah dengan isterinya Kumala Dewi Anas seperti mana yang dilaporkan dalam ruang pojok sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.



Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 35, berkata, punca keretakan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu itu adalah disebabkan masalah kewangan yang sedang dihadapi mereka.



"Apa yang dilaporkan tentang keretakan rumah tangga saya itu benar, saya sudah berusaha untuk selamatkannya dan pergi ke sesi kauseling pada awal bulan Februari lalu.



"Namun, dia (isteri) tetap tidak mahu meneruskan hubungan ini dan telah memfailkan perceraian di mahkamah untuk berpisah," ujarnya kepada Artis Meletop, ketika dihubungi di sini, Isnin.



Tambahnya, kes perceraian akan disebut pada 2 April depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.



Boy dan Kumala Dewi Anas berkahwin pada 11 November 2011 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Norul Emmer berusia setahun enam bulan.







Boy bersama isterinya ketika menyambut kelahiran bayi pertama mereka.



Tambah Boy Iman, dia mengakui keretakan rumah tangga tersebut adalah berpunca daripada kegagalannya menjalankan tanggungjawab sebagai suami.



Dia juga gagal memberi nafkah terutama dalam menyelesaikan beberapa urusan kewangan sejak beberapa bulan selepas bisnes Celebrity Bazaar yang dianjurkan Oktober lalu gagal mendapat pulangan.



"Perkara ini bermula sejak bisnes saya mula merosot, Celebrity Bazaar yang saya anjurkan pada 15 Oktober 2014 lalu di Dataran Underground, Dataran Merdeka gagal mendapat sambutan.



"Disebabkan perkara itu, saya terpaksa menanggung kerugian sebanyak lebih RM65,000, apabila pihak Dataran Merdeka membatalkan kontrak dari tiga bulan kepada sebulan dan saya terpaksa memulangkan semula duit kepada lebih 70 peniaga," ujarnya.



Tambahnya, lokasi perniagaan yang tidak strategik juga membuatkan kebanyakkan peniaga yang menyertai bazar tersebut menanggung kerugian.



Celebrity Bazaar yang dilancarkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut disertai oleh beberapa selebriti antaranya Afiq Muiz, Cha Cha Maembong, Sheera Iskandar dan ibunya, Aznah Hamid serta Sarah (MystarLG).






- Bisnes Tidak Menjadi Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman

SHARING GOOD

0 Comment to "Bisnes Tidak Menjadi Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman"

Post a Comment