Saturday, 14 March 2015

Blog Tun M Disekat Kerana Trafik Tinggi





Blog milik Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc, digantung oleh pentadbir disebabkan oleh jumlah trafik yang tinggi.



Pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Sufi Yusof berkata langkah itu terpaksa diambil kerana 'laman web itu telah mengalami masalah kerana trafik yang tinggi'.







"Blog ini tidak disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Oleh kerana trafik yang berat, kami terpaksa menggantungnya.



"Pihak pentadbir sedang melakukan kerja-kerja pemulihan," katanya kepada The Star Online.



Laman web ini tidak boleh diakses selepas pukul 4 petang Jumaat dengan mesej "Akaun Telah Digantung."



SKMM menjelaskan pihaknya tiada kaitan dengan laman web tersebut yang disekat.





- Blog Tun M Disekat Kerana Trafik Tinggi

SHARING GOOD

0 Comment to "Blog Tun M Disekat Kerana Trafik Tinggi"

Post a Comment