Monday, 16 March 2015

Elfira Loy Ambil Masa Untuk Berehat, Mahu Fokus Pelajaran





Setelah mengenakan hijab, pelakon Elfira Loy mengakui bahawa dia mahu memberi lebih fokus kepada bidang pengacaraan selepas mengambil keputusan untuk bertudung pada sambutan hari lahirnya yang ke 21 baru-baru ini.



Elfira berkata, dia mengambil keputusan itu kerana menyedari watak untuk wanita bertudung sepertinya terhad selain bimbang akan menyusahkan pihak produksi.



“Minat saya terhadap pengacaraan memang sejak dari dahulu lagi dan kini saya ingin memberi fokus kepada bidang itu buat masa ini. Bukannya apa saya menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan imej sekarang selain tidak mahu menyusahkan pihak produksi,” jelasnya kepada mStar Online.







Bagaimanapun menurut Elfira, perkara berkenaan bukanlah bermaksud bahawa dia ingin meninggalkan terus dunia lakonan, namun ingin berehat seketika dan dalam masa yang sama dapat memberikan ruang kepada pelakon ini untuk memberikan tumpuan kepada pengajian di kolej.



“Lakonan adalah sesuatu yang sudah sebati dengan jiwa saya dan belum bercadang untuk tinggalkan terus cuma memperlahankan sahaja”



Insya-Allah lepas tamat pengajian saya akan aktif semula,” ujarnya lagi menyatakan rasa bersyukur kerana diberi kekuatan untuk melakukan perubahan tersebut pada usia yang muda dan berharap ia akan memberi lebih banyak berkat kepadanya.





- Elfira Loy Ambil Masa Untuk Berehat, Mahu Fokus Pelajaran

SHARING GOOD

0 Comment to "Elfira Loy Ambil Masa Untuk Berehat, Mahu Fokus Pelajaran"

Post a Comment