Ketika semua peminat memberikan pujian dan juga ucapan tahniah kepada Erin Malek berikutan tersebarnya gambar imbasan hamil dirinya yang dikhabarkan kembar, pelakon berusia 21 tahun ini mengakui sedih dengan perkara tersebut.
Katanya kepada Zass, dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar sedangkan dia hanya berkongsi mengenai gambar itu bersama keluarga terdekat sahaja.
“Saya tidak kisah berkongsi khabar kehamilan, tetapi penyebaran gambar tersebut membuatkan saya agak sedih. Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia untuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini,” katanya.
Menurut Erin, dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar sedangkan dia hanya berkongsi mengenai gambar itu bersama keluarga terdekat sahaja. Ekoran kejadian itu, banyak dugaan yang terpaksa dilaluinya setelah gambar tersebut didedahkan.
“Ada yang kata saya buat dan macam-macam lagi. Walhal semua ini rezeki dari ALLAH SWT. Tetapi mulut orang, saya tak boleh nak tutup. Sekarang saya lebih banyak mendiamkan diri dan tidak memikirkan sangat perkara tersebut,” katanya bersyukur dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
- Erin Malek Kesal Gambar Imbasan Hamil Tersebar
0 Comment to "Erin Malek Kesal Gambar Imbasan Hamil Tersebar"
Post a Comment