Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memang terkenal dengan personaliti bersahaja beliau dan disenangi rakyat jelata dan hari ini baginda sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas gambar bersama sebuah kumpulan Korea Selatan, T-ARA beredar di laman sosial.
T-ARA hadir ke Johor baru baru ini untuk menjayakan konsert bersempena pertabalan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor yang kelima.
Penghibur lain yang turut serta dalam konsert percuma untuk semua ini adalah SISTAR, Taboo (Black Eyed Peas), Rossa, Sheila Majid, Jacklyn Victor, Shila Amzah dan ramai lagi.
Akaun peminat T-ARA pagi ini kongsikan sekeping gambar menunjukkan ahli kumpulan tersebut bersama Sultan Johor termasuk salah satunya merupakan selfie atau selca yang memang popular di kalangan artis Korea dan penduduk negara itu sendiri.
Gambar yang tersebar itu pantas menjadi bualan ramai di media sosial yang rata rata memuji sifat keterbukaan baginda. Bukan mudah mahu lihat mana mana Sultan bergambar selfie dengan bintang K-pop. Bertuah orang Johor, heh.
Semoga Tuhan lanjutkan usia dan berkati pemerintahan baginda Sultan Ibrahim di Johor.
- Gambar Sultan Johor Bersama T-ARA Dapat Perhatian Ramai Di Media Sosial
0 Comment to "Gambar Sultan Johor Bersama T-ARA Dapat Perhatian Ramai Di Media Sosial"
Post a Comment