Bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha pada 14 Mac lalu, Hanez Suraya mengakui Romie merupakan seorang yang cemburu namun dalam masa yang sama, Hanez juga faham tugasnya kini adalah untuk menjaga batasannya sebagai seorang isteri jika dia ingin terus berlakon.
“Semestinya ada batasanlah sebab saya pun kenalah jaga hati suami bila dah ada rumah tangga ini. Tidak ada apa-apa syarat daripada Romie pun, tapi saya kena tahulah apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Kami pun dah lama berkawan dan sudah kenallah hati budi masing-masing,” kata Hanez.
Sementara itu menurut Romie, dia berharap Hanez tahu batasannya sebagai seorang isteri selepas ini malah antara salah satu sebab dia menerima Hanez adalah kerana nampak keikhlasan Hanez menerima dia dan dua anaknya.
“Bukan senang seorang wanita nak terima lelaki yang dah ada dua orang anak ni. Baru kahwin sahaja dah ada dua anak”
“Hanez tahu saya cemburu. Lihat dia bergambar dengan lelaki pun saya cemburu jadi dia kena tahulah apa yang kena dia elakkan. Saya tak malu mengaku yang saya ni cemburu. Lagi pun cemburu itu sebab saya sayang dia,” jelas Romie seperti yang dipetik daripada Mangga Online.
Selain ingin mendapatkan anak dengan kadar segera, Romie juga merancang mahu membawa Hanez mengerjakan umrah pada bulan April, selepas segala majlis perkahwinan mereka selesai. Apa-apa pun, buat Hanez dan juga Romie, semoga berbahagia selalu.
- Hanez Suraya Rancang Umrah Bersama April Ini, Romie Mahu Anak Segera
0 Comment to "Hanez Suraya Rancang Umrah Bersama April Ini, Romie Mahu Anak Segera"
Post a Comment