Saturday, 21 March 2015

Ibu Diserang Strok Kali Keempat, Johan Asari Mohon Doa Peminat





Ibu kepada pelakon Johan As’ari iaitu Datin Firdaus Abdul Kader, 58, diserang penyakit strok (angin ahmar) kira-kira pukul 12 tengah hari, Jumaat di kediamannya di Subang Jaya dekat sini. Menurut Johan, ketika itu dia sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat sebelum ibunya tiba-tiba rebah ketika sedang berehat di ruang tamu.



“Sebenarnya ini bukan kali pertama ibu mengalami serangan strok kerana sebelum ini dia pernah tiga kali diserang penyakit sama tetapi hanya mild strok (strok ringan) dan kembali pulih seperti sedia kala. Ini adalah kejadian kali keempat tetapi saya berasa sedih kerana keadaannya agak membimbangkan berbanding sebelum ini,” katanya.



Jelas Johan, semasa ibunya rebah dia dan adiknya segera memapah dan membawa wanita berkenaan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Menurut pelakon ini, dia sedang menunggu laporan daripada doktor untuk mengetahui situasi penyakit ibunya itu.







“Resah hati saya hanya Allah yang tahu kerana kali ini keadaan ibu agak teruk. Doktor telah memindahkan ibu daripada wad kecemasan biasa ke ‘bilik merah’ selain tidak membenarkan kami untuk berada dalam wad buat masa ini,” jelasnya yang sebak menceritakan situasi itu.



Sementara itu, Johan berkata, dia berharap peminat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibunya agar wanita berkenaan kembali sihat seperti sedia kala dan tambahnya bahagian kiri badan ibunya tidak memberi respons selain tidak bermaya untuk bercakap.



“Ibu adalah nyawa saya dan luluh hati saya melihatnya dalam keadaan begitu. Saya harap peminat dapat sama-sama mendoakan kesejahteraannya agar beliau kembali sihat,” katanya. Kami faham apa yang sedang dilalui oleh Johan ketika ini. Semoga ibu Johan ceoat sembuh hendaknya.





- Ibu Diserang Strok Kali Keempat, Johan Asari Mohon Doa Peminat

SHARING GOOD

0 Comment to "Ibu Diserang Strok Kali Keempat, Johan Asari Mohon Doa Peminat"

Post a Comment