Sudah berada di dalam industri hiburan selama 20 tahun, penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara Ifa Raziah menganggap dirinya popular biarpun ada pihak yang menyifatkan kehadirannya di dalam industri hanyalah suam-suam kuku sahaja.
Sebelum ini, aksi berani mati penyanyi dangdut ini ketika membuat persembahan dalam keadaan mesra dengan aktor kelahiran Singapura, Hisyam Hamid, membuatkannya dirinya dikecam hebat. Bagaimanpapun ketika itu Ifa menyifatkan perbuatannya itu tidak keterlaluan.
“Popularlah, saya sudah 20 tahun dalam industri. Populariti saya datang sendiri dan bukan diminta-minta. Peminat nilai saya popular dan sebaris dengan artis Malaysia lain. Tak kisahlah kalau orang nak cakap saya selepas 20 tahun baru dapat pencalonan ini atau baru nak popular”
“Memang saya tak nafikan impak daripada kontroversi penyertaan di Gegar Vaganza hingga nama saya dikenali semula di mata masyarakat”
“Kerana pertandingan itu juga orang lihat kredibiliti saya sebagai penyanyi dan penghibur,” katanya yang tersenarai di dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular pada ABPBH 2014 yang akan diadakan tidak lama lagi.
- Ifa Raziah Akui Kontroversi Ketika Gegar Vaganza Menaikkan Namanya Semula
0 Comment to "Ifa Raziah Akui Kontroversi Ketika Gegar Vaganza Menaikkan Namanya Semula"
Post a Comment