Wednesday 4 March 2015

IS Tawan Dua Telaga Minyak Di Libya





Kumpulan Negara Islam (IS) berjaya menawan sekurang-kurangnya dua telaga minyak utama yang terletak di tengah Libya pada Selasa, lapor jurucakap yang berkhidmat untuk keselamatan industri minyak negara kepada AFP.



"Kumpulan bersenjata telah mengambil alih telaga Al-Bahi dan Al-Mabrouk dan sekarang dalam perancangan untuk menawan telaga Al-Dahra selepas pengunduran pihak berkuasa yang mengawal di kawasan tersebut," kata Kolonel Ali Al-Hassan.







Telaga Al-Bahi dan Al-Mabrouk telah diarahkan tutup serta merta beberapa minggu lepas disebabkan keganasan kumpulan bersenjata di terminal eksport, kira-kira 310 batu (500 kilometer) dari timur Tripoli.



Satu serangan pada Februari lepas telah menyebabkan 11 kematian dan kesemua kakitangan diarahkan berpindah.



Awal Selasa lepas, Al-Hassi memaklumkan bahawa pesawat perang militan telah menyerang terminal eksport utama di Al-Sidra namun berpatah balik tanpa membedil sasaran utama.



"Sebagai tindak balas, pesawat tentera udara yang diiktiraf antarabangsa telah menyerang Lapangan Terbang Mitiga yang dikawal militan tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan," jelasnya.





- IS Tawan Dua Telaga Minyak Di Libya

SHARING GOOD

0 Comment to "IS Tawan Dua Telaga Minyak Di Libya"

Post a Comment